60% ruang di Daerah Digital Punggol diambil oleh perniagaan, peruncit
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Mediacorp
SINGAPURA: Lebih 60 peratus daripada ruang yang tersedia di Daerah Digital Punggol sudahpun diambil oleh perniagaan dan peniaga runcit.
Syarikat-syarikat teknologi yang berpindah masuk menyatakan lokasi yang dekat dengan pemain industri dapat memacu kerjasama dan inovasi, di tengah-tengah sekitaran yang mampan.
Pasukan teknologi kewangan UOB kini bekerja di kawasan bandar.
Namun, dalam tempoh dua tahun lagi, sekitar 3,000 pekerjanya akan berpindah ke Daerah Digital Punggol.
Bank tersebut akan melaburkan S$500 juta untuk membina pusat inovasi baharu di sana supaya dapat meluaskan lagi operasinya.
Daerah itu juga berjaya menarik pertubuhan teknologi lain seperti GovTech dan syarikat robotik Boston Dynamics.
Syarikat-syarikat itu akan ditempatkan di ruang sebegini, yang mengandungi tiang, dinding dan lantai kayu.
Ini menjadikannya lebih cekap tenaga, sekali gus dapat menjimatkan sekurang-kurangnya 40 peratus daripada bekalan tenaga yang diperlukan untuk mendinginkan bangunan-bangunan.
Meskipun harga sewa di sana lebih rendah berbanding kadar pasaran, syarikat-syarikat yang menggunakan harus mematuhi piawaian hijau.
"Syarikat-syarikat yang datang ke Daerah Digital Punggol harus bekerjasama dengan kami dan memainkan peranan. Misalnya, mereka harus menandatangani Pajakan Hijau, yang memerlukan mereka memastikan penggunaan tenaga kekal pada paras yang wajar, dan pada masa yang sama, mereka juga harus menggunakan peralatan yang rendah penggunaan tenaga," jelas Encik Nelson Liew, Pengarah Kumpulan, Estet Baharu, JTC.
Kriteria-kriteria itu dipercayai dapat menarik minat perniagaan-perniagaan yang mahu memikat para pelanggan yang mengutamakan alam sekitar.
Walaupun Daerah Digital itu kini asasnya bagi syarikat teknologi, para penyewa akan berubah pada masa depan.

Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.