Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

60% rakyat S'pura kitar semula secara tetap, tetapi ramai tidak lakukan dengan betul

Sekitar 60 peratus isi rumah Singapura mengitar semula secara tetap tetapi ramai masih mendapatinya sukar untuk mengenalpasti bahan pencemar dan barangan yang tidak boleh dikitar semula.

Anggaran Waktu Membaca:
60% rakyat S'pura kitar semula secara tetap, tetapi ramai tidak lakukan dengan betul

Gambar hiasan. (Gambar: Aqil Haziq Mahmud)

Diterbitkan : 29 Apr 2019 03:00PM Dikemas Kini : 29 Apr 2019 03:02PM

SINGAPURA: Sekitar 60 peratus isi rumah Singapura mengitar semula secara tetap tetapi ramai masih mendapatinya sukar untuk mengenalpasti bahan pencemar dan barangan yang tidak boleh dikitar semula.

Demikian menurut tinjauan yang dilakukan oleh Kementerian Sekitaran Dan Sumber Air (MEWR) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Kedua-dua tinjauan itu yang dijalankan antara Jun 2018 dengan Februari 2019, meliputi pelbagai aspek mengitar semula barangan rumah.

Bagi mereka yang tidak mengitar semula secara tetap, kebanyakannya memberi sebab berkaitan kemudahan mengitar semula.

Antara sebab diberikan adalah tidak banyak barang untuk dikitar semula, terlalu sibuk atau penat dan tidak mempunyai cukup ruang untuk mengumpul barang-barang yang boleh dikitar semula di rumah.

67 peratus sangka bungkusan dengan bekas makanan boleh dikitar semula

Dapatan itu juga menunjukkan bahawa para responden mendapatinya sukar untuk mengenalpasti bahan pencemar dan barang-barangan yang tidak boleh dikitar semula.

Menurut tinjauan MEWR, 67% daripada responden menyangka bahawa bungkusan kertas dengan bekas makanan boleh dikitar semula, manakala 62 peratus menyangka bahawa perkakas masak diperbuat daripada kaca atau porseliin/seramik boleh dikitar semula. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan