60% penduduk Singapura sudah dijangkiti COVID-19, namun tidak bermakna kita ada imuniti kelompok: Ong Ye Kung
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekitar 60 peratus penduduk Singapura mungkin sudah dijangkiti COVID-19 sebelum ini, namun ini tidak bermakna negara ini sudah mendapat "imuniti kelompok", kata Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung di Parlimen pada Isnin (1 Ogos).
Sekitar 1.7 juta kes dilaporkan, iaitu sekitar 30 peratus penduduk Singapura.
Kementerian Kesihatan (MOH) juga memantau secara sistematik sampel darah daripada kes rutin di poliklinik dan sukarelawan sihat yang lain untuk mengesan tanda-tanda jangkitan terdahulu, kata Encik Ong.
"Daripada contoh yang diperolehi, kami menganggarkan bahawa sekitar 60 peratus penduduk tempatan mungkin sudah dijangkiti COVID-19."
Bagaimanapun, secara umumnya saintis seluruh dunia tidak merasakan bahawa imuniti kelompok boleh tercapai kerana virus tersebut akan terus berubah, melepasi perlindungan vaksin dan menjangkiti manusia.
Namun, appa yang boleh dicapai kata Encik Ong ialah "perlindungan bagi penduduk daripada penyakit yang lebih teruk" melalui vaksinasi.
Encik Ong berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan AP Seah Kian Peng (PAP-Marine Parade) yang ingin tahu peratusan penduduk yang sudah dijangkiti COVID-19 dan sama ada Singapura mencapai imuniti kelompok di tengah-tengah kadar jangkitan yang tinggi.
Walaupun Singapura masih di tengah-tengah gelombang jangkitan yang disebabkan varian Omicron BA.5, Encik Ong berkata sejak 10 hari yang lalu, jumlah jangkitan semakin merosot.
Nisbah jangkitan minggu ke minggu jatuh di bawah 0.9 pada minggu lalu dan "kita boleh menjangkakan gelombang jangkitan semakin turun minggu ini".
Ketika gelombang Omicron pada awal tahun ini, 2.4 peratus individu yang dijangkiti dimasukkan ke hospital.
Namun, 1.9 peratus pesakit perlu rawatan di hospital semasa gelombang jangkitan sekarang, kata Encik Ong.
Beliau menambah peratusan sebenar lebih rendah disebabkan kes yang tidak dilaporkan.
JANGKITAN SEMULA
Walaupun kadar jangkitan semula di Singapura semasa gelombang sekarang - lebih rendah berbanding negara lain - ia mungkin akan meningkat memandangkan perlindungan daripada jangkitan sebelum ini semakin berkurangan, kata Encik Ong.
Lantas, cara MOH melaporkan jumlah kes juga akan berubah untuk mengambil kira kes jangkitan semula.
"Sebelum ini, kami akan melaporkan jumlah kes pesakit yang dijangkiti setiap hari, jadi seorang pesakit yang dijangkiti semula, kami hanya akan mengiranya sekali sahaja.
"Dengan lebih banyak kes jangkitan semula, mulai hari ini (1 Ogos), kami akan melaporkan jangkitan semula itu," kata Encik Ong.
"Kiraan itu lebih tepat untuk menggambarkan situasi pandemik sebenar."
Encik Ong menjawab pertayaan AP Joan Pereira (PAP-Tanjong Pagar) yang bertanya mengenai jangkitan semula.
Beliau menambah bahawa MOH memantau jumlah jangkitan semula dengan rapi kerana ia akan memberikan anggaran gelombang jangkitan seterusnya.
"Pemantauan MOH mendapati mereka yang pernah dijangkiti dalam tempoh masa tiga bulan lalu, peluang untuk dijangkiti semula jarang berlaku.
"Bagi mereka yang pernah dijangkiti dalam masa empat hingga tujuh bulan lalu, kemungkinan dijangkiti semula adalah sekitar 3 peratus berbanding individu yang belum pernah terkena COVID-19.
Encik Ong menambah mereka yang pernah dijangkiti varian Delta tahun lalu pula, mempunyai kemungkinan 20 peratus terkena lagi COVID-19 berbanding orang yang belum dijangkiti.
Namun, kemungkinan ini akan berubah dan kesan perlindungan daripada jangkitan sebelumnya semakin berkurangan.
"Mereka yang pernah dijangkiti COVID-19 sebelum ini tidak harus memandang ringan perlindungan diri mereka," tambah beliau.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.