Skip to main content

Singapura

60 orang diberkas miliki vape dalam pengangkutan awam

Seramai 60 individu diberkas dalam operasi penguatkuasaan sepanjang enam minggu lalu selepas didapati menggunakan atau membawa vape dalam pengangkutan awam.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Sep 2025 08:38PM Dikemas Kini : 01 Oct 2025 10:42PM
SINGAPURA: Seramai 60 individu diberkas dalam operasi penguatkuasaan sepanjang enam minggu lalu selepas didapati menggunakan atau membawa vape dalam pengangkutan awam.

Menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), lebih 90 peratus daripada mereka dikesan melalui kaedah saringan seperti mesin X-ray dan gerbang pengesan logam.

Usaha penguatkuasaan LTA itu meliputi seluruh negara, termasuk jalan raya awam, laluan pejalan kaki dan pusat-pusat tukaran bas.

LTA menambah, kakitangan barisan hadapan kini diberi kuasa di bawah Akta Tembakau untuk memberi notis dan merampas vape, sebelum menyerahkannya kepada Penguasa Sains Kesihatan (HSA).

Pesalah kali pertama boleh didenda sehingga S$700, sementara pesalah berulang berdepan dengan dakwaan dan denda maksimum sebanyak S$2,000.
Sumber : CNA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita