60,000 pemohon kerja raih manfaat inisiatif Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited
Hampir 60,000 pemohon kerja sudah diletakkan di bawah inisiatif Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited.
SINGAPURA: Hampir 60,000 pemohon kerja sudah diletakkan di bawah inisiatif Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited.
Sekitar lapan daripada 10 pemohon kerja ini berhasil mendapatkan pekerjaan - kebanyakannya bagi jawatan jangka panjang.
Sekitar separuh daripada mereka yang mendapat pekerjaan berusia 40 tahun dan ke atas.
Selain peluang-peluang tersedia sebelum ini, kini terdapat lebih 123,000 kerja kosong untuk para pemohon kerja.
Sektor-sektor seperti jagaan kesihatan serta infokom menawarkan paling banyak peluang kepada para pemohon kerja dan kedua-dua sektor itu turut menyaksikan jumlah pemohon yang ramai cuba mendapatkan pekerjaan dalam kedua-dua sektor tersebut.
Ini dapat dilihat dari peranan sebagai sokongan jagaan kesihatan sehingga ke pelatih bagi memastikan para pemohon kerja mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mendapatkan jawatan sepenuh masa.
Dalam Laporan Sektor Pekerjaan tahun ini, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) turut mendedahkan bahawa hampir 2,000 pekerjaan diwujudkan dalam sektor khidmat kewangan pada separuh pertama 2020.
Semua lowongan pekerjaan ini diisi rakyat tempatan.
Buat masa ini, lebih 5,000 peluang masih tersedia dalam sektor tersebut, dengan 96 peratus daripadanya disasarkan kepada golongan Karyawan, Pengurus, Eksekutif dan Teknisyen (PMET).
Semua peluang berkenaan melibatkan tugas bagi memastikan pematuhan, analisis data dan pengurusan risiko.
Gaji bulanan yang ditawarkan adalah antara S$5,500 hingga S$9,100.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.