Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

60,000 jemaah haji berangkat ke Muzdalifah malam ini

Seramai 60,000 jemaah haji yang terhad tahun ini, baru sahaja selesai berwukuf di Arafah dan dijangka mula berangkat ke Muzdalifah malam ini, waktu Arab Saudi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jul 2021 08:39PM Dikemas Kini : 19 Jul 2021 11:30PM

MAKKAH: Seramai 60,000 jemaah haji yang terhad tahun ini, baru sahaja selesai berwukuf di Arafah dan dijangka mula berangkat ke Muzdalifah malam ini, waktu Arab Saudi.

Kemuncak ibadah haji itu berjalan dengan lancar di tengah-tengah pandemik.

Pelbagai protokol kesihatan COVID-19 dilaksanakan pihak berkuasa termasuk memastikan semua jemaah sudah divaksin sepenuhnya serta kempen kesedaran tentang langkah-langkah waspada.

Ini merupakan tahun kedua berturut-turut di mana hanya warga dan penduduk tetap Saudi yang dibenarkan naik haji. Namun, jumlahnya dinaikkan dari hanya 1,000 jemaah tahun lalu.

Selain jumlah jemaah yang terhad, pengurusan jarak selamat juga diutamakan. Kedudukan jemaah di dalam khemah tetap berjarak berbanding sebelum pandemik.

"Ini tempat tinggal kita di Arafah.Terdapat kerusi untuk kita beristirehat. Alhamdulilah kita diperbolehkan keluar dan sekarang kami jemaah haji, berjalan kaki menuju ke Masjid Namirah. Itu mungkin sudah terlihat," kongsi Ustaz Muhammad Sofi Aw, salah seorang jemaah gaji 2021 yang merupakan penduduk Makkah.

Di Masjid Namirah, semua 1,000 jemaah haji tahun lalu berkumpul untuk berwukuf di padang Arafah.

Kali ini, dengan penambahan jemaah haji kepada 60,000 tahun ini, tidak semua jemaah berpeluang ke masjid tersebut.

Wukuf tahun ini berlangsung ketika suhu cuaca mencecah lebih 40 darjah selsius. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan