Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6 warga Vietnam diberkas curi produk Uniqlo

Enam orang disyaki terlibat dalam satu sindiket diberkas kerana dipercayai mencuri dari cawangan-cawangan Uniqlo di Plaza Singapura dan City Square Mall.

Anggaran Waktu Membaca:
6 warga Vietnam diberkas curi produk Uniqlo

Barang-barang yang dipercayai dicuri suspek bernilai sekitar S$700 menurut polis. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 20 Sep 2018 12:16PM Dikemas Kini : 20 Sep 2018 12:19PM

SINGAPURA: Enam orang disyaki terlibat dalam satu sindiket diberkas kerana dipercayai mencuri dari cawangan-cawangan Uniqlo di Plaza Singapura dan City Square Mall.

Seorang peruncit di Plaza Singapura membuat aduan pada Ahad (16 Sep) tentang barang-barang yang hilang daripada kedainya, menurut polis semalam (19 Sep).

Dua lelaki dan empat wanita berusia antara 27 hingga 35 tahun diberkas pada Selasa (18 Sep) di Lapangan Terbang Changi menyusuli siasatan yang dijalankan polis.

Para suspek, yang merupakan warga Vietnam, terdahulu menyasarkan kedai-kedai di Plaza Singapura dan City Square Mall.

Menurut polis, lebih 137 barang dirampas. Barang-barang tersebut keseluruhannya bernilai sekitar S$700.

Lima suspek didakwa di mahkamah hari ini (20 Sep). Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda.

Suspek keenam didakwa hari ini atas tuduhan berkaitan penipuan harta benda. Jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda sehingga S$3,000, dipenjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

Satu lagi kes melibatkan sindiket Vietnam dilaporkan pada Isnin (17 Sep). Empat suspek dipercayai mencuri lebih 800 barang daripada kedai-kedai, termasuk cawangan-cawangan Uniqlo dan ZARA merata Singapura.

Polis menasihati para peruncit supaya kekal berwaspada dan menjalankan langkah-langkah seperti memastikan barang-barang yang dijual mudah dilihat, menyimpan jualan yang bernilai dalam tempat simpan yang dikunci serta memasang kamera CCTV di pintu masuk dan keluar kedai.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan