Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6 warga M'sia antara 29 cedera di stesen Joo Koon

Seramai enam warga Malaysia adalah di antara 29 penumpang yang mengalami kecederaan dalam insiden perlanggaran kereta api di stesen MRT Joo Koon semalam (15 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
6 warga M'sia antara 29 cedera di stesen Joo Koon
Diterbitkan : 16 Nov 2017 05:32PM Dikemas Kini : 16 Nov 2017 05:36PM

SINGAPURA: Seramai enam warga Malaysia adalah di antara 29 penumpang yang mengalami kecederaan dalam insiden perlanggaran kereta api di stesen MRT Joo Koon semalam (15 Nov).

Ini didedahkan Kementerian Ehwal Luar Malaysia dalam satu kenyataan hari ini (16 Nov), di mana ia juga menyatakan bahawa warga Malaysia yang mengalami kecederaan akibat insiden itu dibawa ke hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

29 orang, termasuk dua kakitangan SMRT cedera selepas sebuah kereta api "bergerak ke depan tanpa dijangka" dan melanggar sebuah kereta api yang sedang berhenti di hadapan.

Terdapat 517 penumpang dalam kereta api yang bergerak itu.

Perlanggaran itu berpunca dari sebuah kerosakan sofwe bagi sistem isyarat laluan Timur-Barat. Insiden itu juga menyebabkan perkhimatan kereta api antara stesen Joo Koon dengan Tuas Link ditangguh hari ini (16 Nov).

Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura menyatakan bahawa ia sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa Singapura untuk memantau dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai insiden berkenaan. Ia menasihati warga Malaysia yang terlibat dalam insiden itu yang memerlukan bantuan konsular untuk menghubunginya di:

High Commission of Malaysia, Singapore

301 Jervois Road, Singapore 249077

Tel: +65 6235 0111 / +65 6887 6231

Emel: mwsingapore [at] kln.gov.my
 

Sumber : CNA/SM/sm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa