Skip to main content

Singapura

6 wanita terima anugerah baharu MENDAKI; 'Women At Work' galak lebih ramai wanita kembali bekerja

Anggaran Waktu Membaca:
6 wanita terima anugerah baharu MENDAKI; 'Women At Work' galak lebih ramai wanita kembali bekerja

Cik Eliza Hamzah (kiri), antara yang menerima Anugerah Pencapaian Wanita 'Women At Work' (W@W) kerana berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan setelah selesai menjalani program W@W. (Gambar: Yayasan MENDAKI)

SINGAPURA: Seramai 6 wanita dikurniakan Anugerah Pencapaian Wanita 'Women At Work' (W@W).

Mereka berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan setelah selesai menjalani program W@W, yang dikelolakan MENDAKI dengan kerjasama bersama rangkaian M³.

Berteraskan tiga R iaitu 'Restart', 'Rebuild' dan 'Re-integrate' (3Rs), program itu bermatlamat untuk memberi sokongan kepada para wanita Melayu/Islam yang tidak bekerja selama lebih enam bulan untuk kembali bekerja.

Anugerah Pencapaian Wanita W@W itu disampaikan di acara tahunan Forum W&W anjuran Yayasan MENDAKI pada Sabtu (2 Mac) di Hab Tampines Kita.

Hampir 200 peserta dan karyawan wanita menghadiri acara tersebut, yang turut diserikan dengan kehadiran Anggota Parlimen dan Penasihat GRC Sembawang Cik Mariam Jaafar.
Tetamu terhormat, Anggota Parlimen, Cik Mariam Jaafar, dalam sebuah dialog panel bersama barisan panel yang diundang, Cik Gloria Arlini (kanan), Ketua Pegawai Operasi, Generation Singapore, Cik Hamidah Aidillah (kedua dari kiri), Pengasas Parrot Social dan disenarai antara 100 wanita cemerlang dalam teknologi SG serta moderator Cik Amalina Abdul Nasir (paling kiri), Pengurus Dasar Amanah & Keselamatan dalam sektor teknologi itu, Naib Presiden Kelab MENDAKI, dan disenarai antara 100 wanita cemerlang dalam teknologi SG, di Forum Women At Work (W@W) 2024 pada 2 Mac 2024. (Gambar: Yayasan MENDAKI)
Bertemakan "Mendakapi Masa Depan Teknologi", Forum W@W juga menyelitkan sebuah dialog panel
untuk meneroka peluang kerjaya, kemahiran dan pandangan mengenai sektor teknologi.
Para peserta mengambil bahagian dalam sesi Soal & Jawab semasa sesi perkongsiaan itu. (Gambar: Yayasan MENDAKI)
Di acara tersebut, sembilan rakan kongsi turut menerima sumbangan kecil sebagai tanda penghargaan atas sumbangan serta sokongan mereka kepada program W@W.
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita