Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6 wanita diberkas dalam serbuan rumah urut, pusat hiburan awam

Enam wanita berusia antara 27 dengan 37 tahun diberkas dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Divisyen Polis Central dari 8 hingga 9 Mac.

Anggaran Waktu Membaca:
6 wanita diberkas dalam serbuan rumah urut, pusat hiburan awam

Polis memberkas beberapa wanita semasa operasi penguatkuasaan yang dilancarkan. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 10 Mar 2019 06:03PM Dikemas Kini : 10 Mar 2019 06:05PM

SINGAPURA: Enam wanita berusia antara 27 dengan 37 tahun diberkas dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Divisyen Polis Central dari 8 hingga 9 Mac.

Demikian menurut Pasukan Polis Singapura dalam kenyataannya hari ini (10 Mac).

Serbuan dilancarkan di beberapa rumah urut yang terletak di Middle Road, North Bridge Road, Neil Road, dan Lavender Street. Operasi tersebut turut dijalankan di beberapa pusat hiburan di Beach Road dan Raffles Boulevard.

Tiga rumah urut didapati dikendalikan tanpa lesen sementara satu lagi melanggar syarat-syarat pelesenan.

Dua wanita, masing-masing berusia 35 dan 36 tahun, diberkas atas kesalahan-kesalahan di bawah Piagam Wanita.

Semasa pemeriksaan dijalankan di pusat-pusat hiburan awam, satu cawangan didapati melanggar syarat-syarat pelesenan. Tiga wanita, berusia antara 27 dengan 29 tahun, diberkas kerana bekerja tanpa memiliki permit kerja sah di bawah Akta Pengambilan Tenaga Kerja Asing.

(Gambar: SPF)

(Gambar: SPF)

Dalam satu pemeriksaan berasingan di cawangan lain, seorang wanita berusia 37 tahun diberkas kerana mabuk di tempat awam.

Siasatan masih dijalankan.

Tindakan akan diambil terhadap pengendali-pengendali yang melanggar peraturan dan undang-undang di bawah Akta Pusat Hiburan Awam, Akta Kawalan Minuman Keras dan Akta Rumah Urut 2017.  

Sumber : BERITA Mediacorp/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan