Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6 termasuk 2 kanak-kanak cedera dalam nahas dekat Taman Bishan-Ang Mo Kio

Seramai dua kanak-kanak dan empat orang dewasa cedera dalam nahas kereta di persimpangan Marymount Road, Ang Mo Kio Avenue 1 dan Ang Mo Kio Avenue 6 pagi tadi (2 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
6 termasuk 2 kanak-kanak cedera dalam nahas dekat Taman Bishan-Ang Mo Kio

Gambar: Amir Yusof

Diterbitkan : 02 Dec 2017 11:35AM Dikemas Kini : 02 Dec 2017 11:40AM

SINGAPURA: Seramai dua kanak-kanak dan empat orang dewasa cedera dalam nahas kereta di persimpangan Marymount Road, Ang Mo Kio Avenue 1 dan Ang Mo Kio Avenue 6 pagi tadi (2 Dis).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia menerima panggilan meminta bantuan pada sekitar 8.25 pagi dan segera mengerahkan aset-asetnya ke tempat kejadian. Empat orang dewasa dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng manakala dua kanak-kanak dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (KKH).

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang berlanjutan hingga ke susur keluar CTE. Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memuat naik sebuah tweet pada 8.46 pagi mengenai kemalangan tersebut.

Seorang saksi, Joanne Chan memberitahu Mediacorp bahawa beliau dalam perjalanan ke Taman Bishan-Ang Mo Kio apabila ternampak kemalangan itu sekitar 8.50 pagi. Sekurang-kurangnya dua kanak-kanak dan seorang wanita dirawat oleh paramedik manakala seorang warga tua wanita masih berada di dalam sebuah kereta putih sedang pegawai SCDF berusaha membantunya keluar, menurut Cik Chan.

Sekitar 9.55 pagi, sebuah trak tunda tiba di tempat kejadian, tambah Cik Chan. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan