6 tempat pengecas elektrik dilancar di estet Tengah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Enam tempat pengecas kenderaan elektrik (EV) yang pertama di estet Tengah dilancarkan pada Selasa (25 Feb).
Menjelang akhir tahun ini, dua pengecas pantas dan sebanyak 30 tempat pengecas semalaman akan dipasang di sekitar lima tempat meletak kereta Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di estet Tengah.
Ini sebahagian daripada rancangan untuk melancarkan sekurang-kurangnya 200 tempat pengecas di seluruh 18 kawasan di estet itu.
Enam tempat pengecas pertama itu terletak di Blok 112 Plantation Crescent.
Dilancarkan oleh pengendali pengecas tempatan SP Mobility, para pelanggan yang menggunakan tempat pengecas tersebut boleh menikmati potongan harga sebanyak 20 peratus selama sebulan.
Pelancaran itu selaras dengan matlamat negara untuk memasang sekurang-kurangnya 60,000 pengecas EV menjelang 2030.
"Tempat pengecas EV yang baharu ini akan memanfaatkan pengguna EV sekarang dan akan datang, yang tinggal di kawasan ini, dan ini akan membantu menggalak penggunaan kenderaan elektrik di kalangan penduduk," kata Menteri Negara Kanan Pengangkutan, Amy Khor.
"Malah ini juga menandakan komitmen kami menuju pengangkutan mampan serta persekitaran hijau untuk semua, untuk penduduk kita," tambahnya.

Sumber : CNA/QR/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.