6 remaja mengaku bersalah kayuh basikal secara berbahaya di Orchard Road, mungkin dikenakan probesen
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: ROADS.sg/Facebook)
SINGAPURA: Enam lelaki muda yang merakamkan diri mereka mengayuh basikal di celah-celah kenderaan dan melakukan aksi berbahaya di Orchard Road mengaku melanggar peraturan berbasikal pada Selasa (19 Nov).
Mahkamah meminta laporan kesesuaian probesen untuk kesemua mereka, memandangkan usia mereka masih muda.
Identiti dua daripada pengayuh basikal itu tidak boleh didedahkan mengikut Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda kerana mereka berusia 17 tahun pada masa kesalahan itu dilakukan pada Mei.
Baki empat pengayuh basikal ialah: Ahmad Noordinie Mohamed Noorshah, 19 tahun; Muhammad Irfan Muhamad Noor, 19 tahun; Muhaidy Marhady, 20 tahun; dan Muhammad Aliyul Qadry Mohamad Razak, 20 tahun.
Pihak polis dimaklumkan melalui maklumat yang diterima pada kira-kira pukul 11.00 malam pada 10 Mei 2024 bahawa sekumpulan pengayuh basikal mengayuh secara berbahaya di Orchard Road.
Timbalan Pendakwa Raya Huo Jiongrui memberitahu mahkamah bahawa enam lelaki itu adalah sebahagian daripada sekumpulan sembilan individu yang telah bertemu di Stesen MRT Bukit Panjang awal malam itu.
Identiti tiga orang lain dalam kumpulan itu tidak diketahui.
Kumpulan itu berbasikal di Bukit Timah Road, Stevens Road, Orchard Road dan Lau Pa Sat ke Jurong Pitstop, di mana mereka bersurai kira-kira pukul 4.00 pagi.
Semasa berbasikal di Orchard Road, salah seorang remaja berusia 17 tahun melepaskan tangannya dari hendal untuk memegang telefonnya dan merakam video kumpulan itu. Dia menghantar video itu kepada Aliyul, yang memuat naiknya ke TikTok.
Di mahkamah, Encik Huo menggambarkan telatah yang dirakam dalam video itu. Ini termasuk Noordinie yang melakukan 'wheelie', Aliyul pula berbasikal dengan kedua-dua tangannya tidak memegang hendal, dan beberapa anggota kumpulan itu mengayuh basikal di lorong kedua dan ketiga jalan raya.
Pada satu ketika, Aliyul dan seorang pengayuh basikal berusia 17 tahun mengayuh di celah-celah kenderaan yang tidak bergerak. Remaja berusia 17 tahun itu masih menggunakan telefonnya untuk merakam video ketika itu.
Video itu turut merakamkan kumpulan tersebut berhenti di dalam petak kuning di lampu isyarat.
Aliyul yang menghadapi empat tuduhan mengaku bersalah gagal mengayuh dengan tertib dengan berbasikal tanpa memegang hendal dan di celah-celah kenderaan yang tidak bergerak, tidak berada di sebelah kiri jalan, tidak memakai topi keledar, dan menggunakan basikal yang tidak mempunyai brek tangan yang berfungsi.
Remaja berusia 17 tahun yang merakam video itu mengaku bersalah atas ketiga-tiga tuduhan terhadapnya. Dia juga menggunakan telefonnya untuk merakam video ketika berbasikal, dan gagal mengayuh basikal di sebelah kiri jalan raya.
Empat pengayuh basikal yang lain mengaku bersalah atas dua tuduhan setiap seorang. Semua mengaku gagal mengayuh basikal di kiri jalan.
Noordinie turut mengaku gagal mengayuh dengan tertib dengan melakukan 'wheelie', Irfan mengayuh basikal dengan sebelah tangan memegang hendal, remaja kedua berusia 17 tahun memotong pengayuh basikal yang lain ketika mengayuh di lorong ketiga, dan Muhaidy pula tidak memakai topi keledar.
Hakim Daerah Kok Shu En mengarahkan setiap pesalah memberikan keterangan, sambil bertanya sama ada mereka dan keluarga mereka bersedia untuk menjalani penilaian bagi probesen. Semua menjawab ya.
Apabila Muhaidy dan remaja berusia 17 tahun yang merakam video itu berkata bahawa ibu bapa mereka tidak hadir, Hakim Kok bertanya sama ada ibu bapa mereka tahu mereka dihadapkan ke mahkamah.
Kedua-duanya berkata ya, dan bersetuju untuk memastikan ibu bapa mereka hadir pada sebutan mahkamah seterusnya pada 9 Jan 2025. Hakim dijangka mempertimbangkan laporan kesesuaian probesen dan menjatuhkan hukuman ke atas mereka.
Kerana gagal mengayuh berhampiran bahagian sebelah kiri jalan raya, pesalah boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan, didenda sehingga S$1,000, atau kedua-duanya sekali.
Pesalah berulang menghadapi hukuman penjara dua kali ganda dan denda.
Hukuman adalah sama kerana gagal mengayuh basikal mengikut peraturan, mengayuh basikal yang tidak mempunyai brek dan tidak memakai topi keledar.
Kerana menggunakan telefon bimbit semasa berbasikal, pesalah boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$1,000, atau kedua-duanya sekali. Hukuman digandakan untuk pesalah berulang.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.