Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6 remaja ditangkap selepas lelaki diserang guna pisau di Punggol

Seorang remaja berusia 16 tahun akan didakwa di mahkamah pada Jumaat (12 Nov) selepas dia didakwa terlibat dalam kes  menyerang mangsa dengan pisau pada petang Rabu.

Anggaran Waktu Membaca:
6 remaja ditangkap selepas lelaki diserang guna pisau di Punggol

Gambar hiasan seorang lelaki memegang pisau. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 11 Nov 2021 02:32PM Dikemas Kini : 11 Nov 2021 02:36PM

SINGAPURA: Seorang remaja berusia 16 tahun akan didakwa di mahkamah pada Jumaat (12 Nov) selepas dia didakwa terlibat dalam kes menyerang mangsa dengan pisau pada petang Rabu.

Remaja itu akan didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan "senjata berbahaya" di bawah Kanun Keseksaan, kata polis dalam satu kenyataan pada Khamis (11 Nov).

Lima yang lain, dipercayai turut berada di tempat kejadian, juga ditahan kerana disyaki terlibat dalam perhimpunan haram.

Pada 6.30 petang semalam, polis dimaklumkan mengenai kejadian di mana mangsa lelaki berkenaan didakwa diserang oleh seseorang dalam sebuah kumpulan menggunakan pisau di sekitar Northshore Drive di Punggol.

Serangan itu dikatakan berpunca daripada pertengkaran sengit antara mangsa dengan remaja dalam kumpulan itu, kata polis.

Mangsa cedera di leher dan dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital. Kumpulan itu telah melarikan diri dari tempat kejadian sebelum polis tiba.

Sesiapa yang didapati bersalah menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya boleh dipenjara sehingga 15 tahun, didenda, disebat atau sebarang gabungan hukuman tersebut.

Jika didapati bersalah menjadi anggota perhimpunan haram, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Sumber : CNA/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan