6 perkara penting perlu anda tahu tentang Rapat Umum Hari Kebangsaan 2024

Perdana Menteri Lawrence Wong menyampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad (18 Ogos) di ITE Kolej Tengah. (Gambar: Wallace Woon/CNA)
Dalam ucapan politik paling penting Singapura tahun ini, Encik Wong, yang menyandang jawatan Perdana Menteri sejak 15 Mei lalu, menggariskan rancangan yang menjejas syarikat, pekerja, keluarga, pelajar dan golongan bujang.
Berikut ini enam perkara penting dalam ucapan PM Wong:
1. TAMBAHAN 10 MINGGU CUTI DIKONGSI IBU BAPA
Pemerintah akan memperkenalkan tambahan 10 minggu cuti ibu bapa berbayar untuk dikongsi, dengan ibu atau bapa boleh membuat permohonan.
Ia akan dilaksanakan dalam dua fasa, bermula dengan cuti enam minggu bagi bayi yang dilahirkan pada atau selepas 1 April 2025. Ia dinaikkan kepada 10 minggu bagi bayi warga Singapura yang dilahirkan pada atau selepas 1 April 2026.
Sekarang ini, golongan bapa diberi cuti paterniti dua minggu, dengan dua minggu lagi yang ditawarkan majikan secara sukarela. Mulai 1 April tahun depan, cuti tambahan dua minggu itu akan diwajibkan.
Golongan ibu mempunyai cuti bersalin selama 16 minggu.
Dengan tambahan itu, ibu bapa boleh menikmati cuti ibu bapa selama 30 minggu secara keseluruhannya, atau kira-kira 7.5 bulan cuti berbayar untuk meluangkan masa bersama anak mereka.
Sebuah skim baharu untuk menyokong keluarga supaya menimang cahaya mata ketiga, atau keluarga yang sudah mempunyai tiga atau lebih anak kecil, sedang diperhalusi. Butirannya dijangka didedahkan pada Belanjawan tahun depan.
2. PROGRAM PENDIDIKAN BIJAK DIPERBAHARUI
Program Pendidikan Bijak (GEP) akan digantikan dengan pendekatan baharu bagi pelajar berbolehan lebih tinggi di sekolah rendah.
GEP dimulakan pada tahun 1984. Pelajar dikenal pasti melalui proses dua peringkat ketika di Darjah 3, dan mereka yang dipilih akan dijemput untuk menyertai program itu dari Darjah 4.
Encik Wongberkata sudah tiba masanya untuk mengemas kini GEP, dengan bentuknya yang sedia ada - di mana pelajar diletakkan dalam sembilan sekolah rendah - akan tidak lagi diteruskan.
Sebaliknya, setiap sekolah rendah akan mempunyai program GEP sendiri untuk mengembangkan potensi pelajar berdasarkan kekuatan dan minat mereka.
Menteri Pendidikan Chan Chun Sing akan mengumumkan butiran mengenai pendekatan baharu itu.
3. GERAN PERUMAHAN DITAMBAH BAGI GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH, KEUTAMAAN BTO BAGI BUJANG
Buat masa ini, pasangan boleh mendapatkan geran perumahan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang dipertingkat sehingga S$80,000. Ini akan ditambah, khususnya bagi golongan berpendapatan rendah, kata Encik Wong.
Beliau berkata Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee akan mengumumkan butiran lanjut tidak lama lagi.
Akses keutamaan sedemikian sebelum ini hanya ditawarkan kepada anak yang sudah berkahwin dan ibu bapa mereka yang membeli flat baharu untuk tinggal dengan atau berdekatan satu sama lain.
4. RANCANGAN INDUK KALLANG ALIVE
Kawasan Kallang akan disuntik nafas baharu dalam usaha menggabungkan prasarana sukan bagi atlet rakyat Singapura sepenuh masa dan yang mencatat prestasi tinggi.
Pusat latihan kebangsaan akan berpindah ke Kallang, di samping Sekolah Sukan Singapura, yang kini bertempat di Woodlands. Prasarana sains sukan dan perubatan sukan baharu akan dibina di sana juga.
Sebuah skim Bantuan Pencari Kerja SkillsFuture baharu bakal diperkenalkan untuk memberi pekerja yang berpendapatan rendah dan pertengahan, yang kehilangan pekerjaan mereka tanpa diduga, sokongan kewangan sementara sehingga S$6,000 selama enam bulan.
Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng akan menyediakan butiran lanjut.
Seperti yang diumumkan sebelum ini, rakyat Singapura yang berusia 40 tahun dan ke atas akan menerima elaun sehingga S$3,000 sebulan apabila mereka mengambil cuti kerja untuk belajar sepenuh masa.
Beberapa elaun latihan itu akan dilanjutkan kepada mereka yang mengikuti kursus secara sambilan juga, kongsi Encik Wong. Kementerian Pendidikan akan mengumumkan butiran lanjut.
6. KURANGKAN BEBAN KAWAL SELIA BAGI SYARIKAT
Bagi memastikan "sekitaran yang lebih mesra perniagaan", pemerintah akan meneroka usaha mengurangkan lagi beban kawal selia bagi syarikat, kata Encik Wong.
Beliau berkongsi bahawa Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong akan menyelia proses tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.