Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6 penerbangan Firefly antara S'pura dengan M'sia dibatalkan akibat jerebu

Enam penerbangan Firefly antara Malaysia dengan Singapura dibatalkan pada Khamis (19 Sep) akibat jerebu yang berterusan, menurut syarikat penerbangan tambang rendah itu lewat Rabu malam.

Anggaran Waktu Membaca:
6 penerbangan Firefly antara S'pura dengan M'sia dibatalkan akibat jerebu

Gambar fail sebuah pesawat Firefly semasa keadaan berjerebu di Malaysia. (Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 19 Sep 2019 08:47AM Dikemas Kini : 19 Sep 2019 09:02AM

SINGAPURA: Enam penerbangan Firefly antara Malaysia dengan Singapura dibatalkan pada Khamis (19 Sep) akibat jerebu yang berterusan, menurut syarikat penerbangan tambang rendah itu lewat Rabu malam.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, seorang jurucakap Firefly berkata syarikat itu "sedang meneliti laporan" untuk menguruskan situasi yang mungkin menjejas ruang udara.

"Tiga penerbangan SZB-XSP (Lapangan Terbang Subang ke Lapangan Terbang Seletar) pertama esok (Khamis) dibatalkan akibat ramalan jerebu yang mungkin menyebabkan pengurangan jarak penglihatan," kata jurucakap itu pada Rabu.

Ketiga-tiga penerbangan itu - FY3122, FY3124 and FY3126 - dijadualkan berlepas dari Subang masing-masing pada jam 6.50 pagi, 7.30 pagi dan 9.30 pagi.

Tiga lagi penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Seletar - FY3123, FY3125 and FY3127 - masing-masing pada jam 8.40 pagi, 9.20 pagi dan 11.20 pagi juga dibatalkan.

Tiket-tiket bagi kesemua penerbangan itu tidak lagi disediakan.

Firefly sedang mengaturkan pemindahan para penumpang terjejas ke syarikat induk, Malaysia Airlines.

"Kami perlu memberikan kepastian kepada para penumpang dan akan terus memantau keadaan," kata jurucakap itu.

Berdasarkan laman web Lapangan Terbang Seletar kesemua 12 penerbangan Firefly antara Malaysia dengan Singapura pada Rabu dibatalkan.

Malaysia menutup lebih 1,000 sekolah serata negara akibat mutu udara yang kian memburuk sedang jerebu toksik dari Indonesia merentasi sempadan negara-negara jiran.

Dua negeri yang paling teruk terjejas adalah Selangor, di mana 538 sekolah ditutup, dan Sarawak dengan 337 sekolah ditutup, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia.

Di Singapura, mutu udara terus bertambah buruk dengan jerebu mencecah paras tidak sihat serata negara.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan