Skip to main content

Singapura

6 pembekal e-skuter didapati jual alat pengecas tidak berdaftar

Para pembekal yang didapati menjual alat pengecas tidak berdaftar adalah CarbonRevo, Emarco Enterprise, Escoot.sg, Falcon PEV, Minimotors-Maxtech Plus dan Skateline SkateSchool.

Anggaran Waktu Membaca:
6 pembekal e-skuter didapati jual alat pengecas tidak berdaftar

e-skuter di Singapura.

Diterbitkan : 29 Dec 2017 03:38PM Dikemas Kini : 29 Dec 2017 03:41PM

SINGAPURA: Enam pembekal e-skuter didapati menjual alat pengecas yang tidak berdaftar. Ini menyusuli pengawasan pasaran yang dijalankan pada bulan November dan Disember.

Demikian menurut SPRING Singapore dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (29 Dis).

Agensi itu, yang menyelia keselamatan barangan-barangan am pengguna menyatakan dalam laporan-laporan terkini bahawa e-skuter banyak dikaitkan dengan kebakaran yang berlaku di rumah-rumah di Singapura.

Para pembekal yang didapati menjual alat pengecas tidak berdaftar adalah CarbonRevo, Emarco Enterprise, Escoot.sg, Falcon PEV, Minimotors-Maxtech Plus dan Skateline SkateSchool.

Sebanyak 175 alat pengecas skuter elektrik yang tidak berdaftar sudah dirampas oleh SPRING sebagai sebahagian daripada siasatan berterusannya, menurut agensi itu lagi.

SPRING berjaya mengesan dua jenis alat pengecas yang tidak berdaftar - alat pengecas yang dijual dengan e-skuter dan alat pengecas pantas yang mengurangkan tempoh bateri e-skuter dicas.

Alat-alat pengecas yang tidak berdaftar itu tidak diuji bagi memastikan ia mematuhi piawai keselamatan yang menangani bahaya elektrik yang biasa dan mungkin akan menyebabkan renjatan elektrik dan litar pintas lalu kebakaran, menurut SPRING.

Alat pengecas dikategorikan sebagai barangan terkawal di bawah Peraturan Perlindungan Pengguna (Peraturan Keselamatan).

Jenisnya mesti diuji, disahkan memenuhi piawai keselamatan yang relevan, berdaftar dengan SPRING Singapore dan tertera pelekat dengan tanda keselamatan sebelum ia boleh dijual.

Sesiapa yang didapati bersalah menjual barangan terkawal yang tidak berdaftar boleh didenda sehingga $10,000 atau dipenjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita