6 pelatih yang tipu dalam peperiksaan kelayakan tarik balik permohonan jadi peguam di S'pura
Anggaran Waktu Membaca:

Mahkamah Tinggi di Singapura pada 9 Nov 2021. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Enam peguam pelatih yang menipu dalam peperiksaan kelayakan pada 2020 hari ini (15 Ogos)menarik balik permohonan mereka untuk menjadi peguam di Singapura.
Enam calon itu ialah Cik Monisha Devaraj, Encik Kushal Atul Shah, Encik Sreeraam Ravenderan, Encik Matthew Chow Jun Feng, Encik Lionel Wong Choong Yoong and Cik Lynn Kuek Yi Ting.
Lima daripada mereka berkongsi jawapan bagi enam kertas peperiksaan menerusi WhatsApp, manakala Cik Kuek didapati berpakat dengan seorang lagi calon untuk menipu bagi tiga kertas peperiksaan.
Semua enam individu diberi kebenaran untuk menarik balik permohonan mereka oleh Mahkamah Tinggi hari ini.
Untuk menjadi peguam di Singapura, lulusan undang-undang perlu diterima menjadi peguam selepas menduduki peperiksaan yang yang dikenali sebagai 'Bahagian B'. Para lepasan universiti luar negara pula perlu mengambil peperiksaan tambahan, iaitu 'Bahagian A'.
Pada April lalu, Hakim Choo Han Teck menangguh prosiding permohonan Cik Kuek untuk diterima menjadi peguam selama 12 bulan, dan prosiding untuk kelima-lima calon yang lain selama 6 bulan.

Hakim Choo menerima hujah Peguam Negara (AGC) sebelum ini bahawa penangguhan pelantikan calon-calon terbabit akan memberi mereka masa untuk bermuhasabah tentang kesilapan mereka. Ini demi manfaat diri mereka sendiri dan segenap peguam tempatan.
Penarikan balik pemohonan diluluskan oleh Hakim Choo setelah tiada bantahan dilakukan oleh wakil AGC, Pertubuhan Undang-undang dan Institut Singapura bagi Pendidikan Undang-Undang (SILE).
Hakim Choo berkata bahawa para peguam pelatih ini patut mencari kerjaya sebagai karyawan undang-undang atau 'paralegal' atau peranan yang serupa dalam kerjaya undang-undang, supaya "seorang mentor yang dihormati boleh memberi keterangan tentang kesesuaian mereka untuk memohon semula" bagi peperiksaan kelayakan tersebut.
Selain keenam-enam calon peguam berkenaan, lagi lima pemohon untuk menduduki peperiksaan kelayakan itu didapati menipu dalam peperiksaan tersebut pada 2020. Seorang daripadanya ialah Encik Tay, yang dibenarkan menarik balik pemohonan untuk menduduki peperiksaan kelayakan pada Mei lalu.
Ketua Hakim Sundaresh Menon melarang Encik Tay daripada membuat permohonan baru untuk peperiksaan kelayakan itu di Singapura atau mana-mana bidang kuasa lain dalam tempoh lima tahun akan datang.
Prosiding untuk empat pemohon lain yang didapati menipu akan diperdengarkan oleh Ketua Hakim Menon dalam bulan ini.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.