Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6 pelajar Australia ditahan mencuri di Orchard Road, sudah pulang

Anggaran Waktu Membaca:
6 pelajar Australia ditahan mencuri di Orchard Road, sudah pulang

Mandarin Gallery. (Gambar fail: Calvin Oh)

SINGAPURA: Sekumpulan pelajar perempuan warga Australia yang ditahan di Singapura kerana dipercayai mencuri di Orchard Road, sudah pulang.
Demikian menurut laporan-laporan saluran media Australia pada Selasa (22 Nov).

Enam remaja dalam lingkungan usia antara 14 hingga 16 tahun, ditahan pada 13 November lalu, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) kepada Mediacorp.

Menurut Daily Mail Australia, pelajar-pelajar perempuan itu dilihat menyorokkan pakaian dalam wanita yang mahal dari Victoria’s Secret sebelum meninggalkan kedai tersebut tanpa membayarnya, menerusi rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV).

Para pelajar Tahun 10 itu juga didapati mencuri kasut daripada sebuah kedai Crocs, lapor media Australia.

Andrew Neal, pengetua sekolah mereka, Bacchus Marsh Grammar, menjelaskan bahawa pelajar-pelajar perempuan tersebut adalah sebahagian daripada kumpulan pelajar yang sedang berada di Singapura untuk mengambil bahagian dalam perlawanan bola jaring serantau.

Pelajar-pelajar perempuan tersebut yang ditahan, dibenarkan untuk kembali menyertai kumpulan pelajar yang lain dan berangkat ke Australia pada 19 November, menurut Encik Neal, dipetik oleh Herald Sun.

"Semua (pelajar) berada di sini dan mereka semua naik penerbangan yang sama... Semua perkara sudahpun diselesaikan dan pelajar-pelajar perempuan itu dibenarkan ke lapangan terbang tanpa sebarang tindakan lanjut," kongsi Encik Neal.

Mediacorp sudahpun menghubungi pihak polis untuk mendapatkan komen.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan