Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6 pekerja seks diberkas di Woodlands

Enam wanita ditangkap dalam serbuan-serbuan pencegahan maksiat di Woodlands.

Anggaran Waktu Membaca:
6 pekerja seks diberkas di Woodlands

6 pekerja seks diberkas di Woodlands. (Gambar: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 02 Nov 2019 04:08PM Dikemas Kini : 02 Nov 2019 04:12PM

SINGAPURA: Enam wanita ditangkap dalam serbuan-serbuan pencegahan maksiat di Woodlands.

Operasi tersebut sebahagian daripada usaha polis untuk membanteras pelacuran di kawasan-kawasan kejiranan.

Wanita-wanita tersebut, yang berusia antara 25 dengan 45 tahun, ditangkap di flat-flat HDB.

Hukuman bagi melakukan kegiatan berkaitan pelacuran termasuk penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga $10,000.

Polis menasihati para pemilik rumah supaya berwaspada dan melaporkan penyewa-penyewa yang mencurigakan.

Jumlah wanita asing yang diberkas kerana melacur menerusi online kian meningkat, daripada 899 pada 2016 kepada lebih 1,417 tahun lalu.

Selasa ini, Parlimen akan membentangkan pindaan pada piagam Wanita.

Ia bertujuan mengambil tindakan terhadap pemilik rumah dan penyewa yang menyewakan premis mereka untuk kegiatan melacur.

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan