6 orang akan didakwa serah akaun bank kepada sindiket jenayah, S$8 juta dipindahkan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Pixabay/kropekk_pl)
SINGAPURA: Enam individu akan didakwa pada Isnin (4 Nov) kerana memberi akses akaun bank mereka kepada sindiket jenayah. Akaun itu digunakan untuk memindahkan kira-kira S$8 juta.
Tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 20 dengan 35 tahun ditahan pada Jun 2023. Mereka disyaki terlibat dalam beberapa insiden perisian hasad perbankan.
Sejak Mac 2023, polis menerima laporan tentang perisian hasad yang digunakan untuk menggodam peranti mudah alih, yang mengakibatkan urus niaga tidak dibenarkan pada akaun bank mangsa.
Siasatan mendedahkan bahawa antara Julai 2022 dengan Mei 2023, enam individu tersebut, membuka akaun bank, termasuk akaun bank korporat dan memberi butiran akaun itu kepada sebuah sindiket jenayah.
Setiap daripada mereka memberi sekurang-kurangnya satu akaun bank, di mana mereka akan menerima bayaran bulanan.
Akaun bank itu digunakan untuk memindahkan jumlah wang yang banyak antara September 2022 dengan Mei 2023.
Enam suspek tersebut akan didakwa dengan pelbagai kesalahan, termasuk bersubahat menipu, bersubahat mengakses bahan komputer tanpa kebenaran, membantu satu sama lain meraih keuntungan daripada aktiviti jenayah, dan mendaftar syarikat palsu.
Empat daripada mereka juga disyaki membantu dalam aktiviti pengubahan wang haram, dengan mengeluarkan wang atau memindahkan dana untuk sindiket jenayah itu.
Mereka akan berdepan pertuduhan tambahan kerana memindahkan keuntungan hasil aktiviti jenayah.
Salah seorang daripada mereka juga didakwa menggalakkan tiga individu lain memberi akses kepada akaun bank mereka, yang digunakan bagi pengubahan wang haram sindiket jenayah tersebut.
Individu itu juga disyaki memberi maklumat palsu kepada pegawai penyiasat.
Satu lagi individu dituduh sebagai "orang tengah" dalam sindiket jenayah itu akan dikenakan lebih banyak pertuduhan.
Sebelum ini, lelaki tersebut didakwa pada 15 Jun 2023, di mana dia dikenakan kesalahan tambahan termasuk bersubahat menipu, bersubahat mengakses bahan komputer tanpa kebenaran, membantu orang lain raih manfaat daripada aktiviti jenayah, memindahkan keuntungan daripada perbuatan sedemikian, dan mengarahkan perbuatan jenayah bagi kumpulan jenayah terancang.
Dia juga didakwa merekrut anggota sindiket jenayah tersebut, dan mengarahkan orang lain untuk melakukan perkara yang sama serta memberi akses kepada akaun bank mereka.
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memuat turun sebarang kit pakej Android (APK) daripada sumber yang tidak diketahui, yang mungkin mengandungi perisian hasad, kata polis.
"Untuk elak daripada terlibat dalam jenayah, orang awam dinasihatkan untuk menolak permintaan oleh individu lain untuk menggunakan Singpass, akaun bank atau nombor telefon anda, kerana anda akan dipertangunggjawabkan jika ia dikaitkan dengan jenayah," tambah polis.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.