6 lelaki, seorang wanita didakwa atas pembunuhan Orchard Towers
Enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 22 dengan 27 tahun didakwa hari ini (4 Jul) atas kes pembunuhan seorang lelaki di Orchard Towers.
SINGAPURA: Enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 22 dengan 27 tahun didakwa hari ini (4 Jul) atas kes pembunuhan seorang lelaki di Orchard Towers.
Ketujuh-tujuh suspek itu ialah: Tan Sen Yang, 27 tahun; Joel Tan Yun Sheng, 26 tahun; Chan Jia Xing, 26 tahun; Ang Da Yuan, 26 tahun; Loo Boon Chong, 25 tahun; Tan Hong Seng, 22 tahun dan Natalie Siow Yu Zhen, 22 tahun.
Kesemuanya didakwa berniat membunuh Encik Satheesh Noel Gobidass, 31 tahun.
Seorang lagi wanita yang diberkas berhubung kes yang sama belum lagi didakwa.
Polis menyatakan pihaknya menerima panggilan meminta bantuan di Orchard Towers pada 6.25 pagi pada Selasa (2 Jul). Apabila para pegawai tiba di tempat kejadian, mereka menemui mangsa dalam keadaan tidak bergerak. Lelaki itu kemudian dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng di mana beliau disahkan mati.
Rakaman CCTV diperolehi 8world News menunjukkan seorang lelaki berjalan secara perlahan di hadapan sebuah tangga bergerak sebelum beliau rebah, membuat beberapa orang yang melihatnya bergegas untuk memeriksa keadaan lelaki itu.
Gambar-gambar yang dipetik oleh agensi berita itu juga menunjukkan darah berlumuran di lantai dekat pintu masuk bangunan tersebut.
Kesemua lapan suspek ditahan dalam tempoh 12 jam setelah kejadian itu, menurut polis.
Jika sabit kesalahan, suspek-suspek berkenaan boleh menghadapi hukuman mati.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.