Skip to main content

Singapura

6 lelaki didakwa merusuh di Yishun

Enam lelaki didakwa kerana disyaki terlibat dalam kes rusuhan di Yishun, menurut polis hari ini (10 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
6 lelaki didakwa merusuh di Yishun

Gambar hiasan. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 10 Aug 2021 01:53PM Dikemas Kini : 10 Aug 2021 01:54PM

SINGAPURA: Enam lelaki didakwa kerana disyaki terlibat dalam kes rusuhan di Yishun, menurut polis hari ini (10 Ogos).

Pada Sabtu (7 Ogos) kira-kira pukul 12.20 tengah malam, polis menerima panggilan meminta bantuan untuk menangani kejadian di Yishun Street 11 membabitkan ramai orang.

Apabila polis tiba di tempat kejadian, seorang lelaki berusia 26 tahun didapati cedera lalu dibawa ke hospital.

Identiti individu-individu yang dipercayai terbabit dalam kekecohan itu dikenal pasti melalui siasatan susulan dan soal jawab ke atas orang ramai.

Semua enam lelaki itu yang berusia antara 19 dengan 27 tahun diberkas pada hari yang sama.

Salah seorang daripada lelaki itu, yang berusia 24 tahun, didakwa di mahkamah pada Sabtu kerana merusuh manakala baki lima individu didakwa atas kesalahan yang sama pada Isnin (9 Ogos).

Jika didapati bersalah merusuh, mereka boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan dikenakan sebatan rotan.

Kesemua lelaki itu juga disiasat kerana didakwa melanggar langkah jarak selamat COVID-19. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita