Skip to main content

Singapura

6 lelaki akan didakwa terlibat sindiket perjudian

Enam lelaki akan didakwa di mahkamah pada Rabu (10 Mac) kerana terlibat dalam Kumpulan Jenayah Terancang (OCG).

Anggaran Waktu Membaca:
6 lelaki akan didakwa terlibat sindiket perjudian

Gambar hiasan. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 10 Mar 2021 12:19PM Dikemas Kini : 10 Mar 2021 12:20PM

SINGAPURA: Enam lelaki akan didakwa di mahkamah pada Rabu (10 Mac) kerana terlibat dalam Kumpulan Jenayah Terancang (OCG).

Kesemua enam lelaki itu yang dalam lingkungan usia antara 48 dengan 64 tahun menganggotai OCG yang "terlibat dalam kegiatan judi secara meluas", menurut polis dalam kenyataan medianya.

Enam lelaki itu ialah antara 66 orang yang diberkas polis dalam operasi yang menyasarkan sindikat-sindiket jenayah pada Oktober 2018.

Ini adalah OCG ketiga yang dikenal pasti untuk pendakwaan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Jenayah Terancag (OCA), yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2016.

Dalam kalangan enam lelaki itu, lima pernah didakwa pada 25 Oktober 2018 atas kesalahan-kesalahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka (CHGA) yang berkuat kuasa pada 1 Jun, 2016.

Lima individu yang sama akan didakwa di bawah Akta Jenayah Terancang (OCA) dan Akta Persatuan serta kesalahan-kesalahan lain di bawah CGHA.

Dua daripada lima lelaki itu akan didakwa atas kesalahan tambahan di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah-Jenayah Serius Lain (Rampasan Keistimewaan).

Lelaki keenam akan didakwa atas kesalahan di bawah OCA dan CGHA.

Di bawah OCA, keanggotaan dalam OCG adalah satu kesalahan.

Mereka yang didapati bersalah bertindak sebagai atau menganggotai OCG tempatan boleh dikenakan denda sehingga S$100,000, dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Ia juga satu kesalahan untuk mengarahkan orang lain melakukan kesalahan bagi OCG dan pesalah akan berdepan denda lebih berat atas kesalahan yang diarahkan itu," menurut polis.

Mereka yang didapati bersalah menukar atau memindahkan sebarang keistimewaan daripada perbuatan jenayah atau menyembunyikannya daripada penghakiman boleh didenda sehingga S$500,000, dipenjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Sesiapa yang didapati bersalah menganggotai sebuah persatuan yang menyalahi undang-undang boleh didenda sehingga S$5,000, dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita