Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6 lelaki, 2 wanita ditangkap lumba haram di KPE semasa pemutus jangkitan

Enam lelaki dan dua wanita ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes memandu secara berbahaya dan perlumbaan haram di Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (KPE), kata polis pada hari Ahad (24 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
6 lelaki, 2 wanita ditangkap lumba haram di KPE semasa pemutus jangkitan

(Petikan skrin: SG Road Vigilante)

Diterbitkan : 24 May 2020 10:11PM Dikemas Kini : 24 May 2020 10:20PM

SINGAPURA: Enam lelaki dan dua wanita ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes memandu secara berbahaya dan perlumbaan haram di Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (KPE), kata polis pada hari Ahad (24 Mei).

Suspek berusia antara 20 hingga 42 tahun.

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai perlumbaan haram yang melibatkan beberapa kenderaan di KPE pada pukul 1.32 pagi 16 Mei.

Menyusuli siasatan dan dengan bantuan rakaman CCTV, pegawai Polis Trafik mengenal pasti suspek dan menangkap mereka antara 19 dan 22 Mei.

Siasatan sedang dijalankan.

"Perlumbaan haram adalah satu tindakan yang sangat berbahaya dan tidak bertanggungjawab yang boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya yang serius atau membawa maut," kata polis.

"Polis trafik mengambil pandangan tegas terhadap tingkah laku jalan berbahaya seperti itu yang membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain, dan akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap pemandu kenderaan yang memilih untuk melanggar peraturan lalu lintas," tambahnya.

Penangkapan itu dibuat selepas rakaman video yang menunjukkan beberapa kereta berlumba di KPE disebarkan secara meluas di media sosial.

Video sepanjang 24 saat, yang dirakam dari dashcam sebuah kereta yang memandu di KPE menunjukkan banyak kereta dipandu laju memintas kereta berkenaan.

Pemandu kenderaan yang disabitkan mengambil bahagian dalam perlumbaan atau sebarang perbicaraan berkaitan memandu laju boleh dikenakan hukuman penjara hingga enam bulan dan denda antara S$1,000 hingga S$2,000, kata polis.

Pesalah berulang boleh dipenjara hingga 12 bulan dan didenda antara S$2,000 hingga S$3,000.

Kenderaan mereka juga boleh disita dan lesen memandu mereka dibatalkan.

Hukuman untuk memandu secara berbahaya melibatkan hukuman penjara sehingga 12 bulan dan denda hingga S$3,000 atau kedua-duanya. Pesalah berulang boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun dan denda hingga S$10,000 atau kedua-duanya.

Lapan individu itu juga sedang disiasat kerana melanggar langkah-langkah jarak selamat di bawah Peraturan COVID-19 (Langkah-langkah Sementara) (Perintah Kawalan) 2020. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan