Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6 lagi stesen di Laluan Thomson-East Coast dibuka tahun ini

Enam lagi stesen di Laluan Thomsom-East Coast dijadual dibuka lewat tahun ini, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (17 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jan 2020 06:42PM Dikemas Kini : 17 Jan 2020 11:23PM

SINGAPURA: Enam lagi stesen di Laluan Thomsom-East Coast dijadual dibuka lewat tahun ini, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (17 Jan).

Fasa kedua Laluan Thomsom-East Coast sekitar 90 peratus siap dan merangkumi enam stesen dari Springleaf ke Caldecott, dengan dua stesen di Bright Hill dan Caldecott.

Stesen Bright Hill akan dihubungkan dengan Laluan Rentas Pulau pada masa depan, manakala stesen Caldecott akan dihubungkan dengan Laluan Circle.

Stesen Springleaf terletak di Upper Thomson Road, antara Thong Soon Green dengan SpringLeaf Road.

LTA menyatakan bahawa pihaknya sudah mengambil langkah-langkah sewajarnya sebelum dan semasa pembinaan stesen Springleaf untuk mengurangkan kesan terhadap peniaga kedai dan penduduk berdekatan.

Ia juga bekerja rapat dengan Singapore PowerGrid untuk memastikan bahawa terowong kabelnya yang menembusi stesen Springleaf boleh dibina tanpa gangguan.

Stesen Lentor akan memanfaatkan para penduduk Lentor Estate dan Teacher's Estate. Kawasannya bertentangan dengan kawasan penduduk memerlukan pembinaan 'atas ke bawah' bagi ruang empat segi stesen (station box) dan tempat masuk untuk mengurangkan kesan terhadap daerah kejiranan dan pembangunan tinggi. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan