Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6 lagi individu didakwa langgar peraturan COVID-19 di Clarke Quay pada malam Tahun Baru

Anggaran Waktu Membaca:
6 lagi individu didakwa langgar peraturan COVID-19 di Clarke Quay pada malam Tahun Baru

Tangkap layar video: Tiktok/shihanahnafshoeb/imnosimpp)

SINGAPURA: Enam lagi individu akan didakwa atas kesalahan melanggar langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19 semasa mereka berhimpun di kawasan Clarke Quay pada malam Tahun Baru.

Keenam-enam individu itu berusia antara 19 dengan 23 tahun, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar(URA) pada Isnin (28 Feb).

"Lagi 11 individu yang lain sudah dikenakan denda S$1,000 setiap seorang kerana melanggar langkah-langkah pengurusan selamat," tambah URA.

Setakat ini, 10 individu sudah didakwa berhubung perhimpunan di Clarke Quay dan seramai 15 orang sudah dikenakan notis denda.

BACA: 4 lelaki didakwa langgar langkah pengurusan selamat COVID-19 pada malam Tahun Baru di Clarke Quay

BACA:2 lelaki didakwa dengan tuduhan baru berkaitan perhimpunan malam Tahun Baru di Clarke Quay

"Siasatan lanjut terhadap individu-individu lain sedang dijalankan. Tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap individu-individu yang didapati melanggar mana-mana (langkah pengurusan selamat)," menurut URA.

"Memandangkan kita masih lagi di tengah-tengah pandemik, maka itu penting setiap orang bersikap bertanggungjawab secara sosial dan mematuhi (langkah-langkah pengurusan selamat) yang diwajibkan,” tambah URA.

"Pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu dan perniagaan yang mengingkari langkah-langkah pengurusan selamat."

"Kami menggesa semua orang supaya memainkan peranan mereka untuk melindungi kesihatan mereka sendiri dan juga orang lain di sekeliling mereka."

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan