6 kes tempatan subvarian BA.2.75 dikesan di S'pura
Semua kes subvarian BA.2.75 itu mempunyai gejala ringan dan telah diasingkan sebaik sahaja diuji positif COVID-19, menurut MOH.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Enam kes tempatan COVID-19 subvarian Omicron BA.2.75 dilaporkan pada Jumaat (22 Jul) dalam kemas kini harian Kementerian Kesihatan (MOH) mengenai jangkitan Kementerian Kesihatan (MOH) koronavirus.
Semua kes diasingkan sebaik sahaja diuji positif COVID-19 dan mempunyai gejala ringan, menurut MOH.
Enam kes itu dikesan menerusi jujukan genom penuh sebagai sebahagian daripada pemantauan MOH mengenai keadaan COVID-19.
MOH menambah subvarian BA.2.75 kini tidak tersenarai dalam varian yang menjadi keprihatinan atau mempunyai kepentingan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Singapura melaporkan dua kes import pertama varian itu minggu lalu. Kedua-dua individu melakukan perjalanan ke India dan segera mengasingkan diri selepas diuji positif COVID-19, dedah MOH pada Khamis lalu, sambil menambah bahawa kedua-dua kes itu sudah pulih sepenuhnya.
Subvarian BA.2.75 yang diberi gelaran Centarus, pertama kali dikesan di India pada awal bulan Mei dan bertanggungjawab bagi mencetuskan penularan di negara-negara termasuk Amerika Syarikat dan Hong Kong awal tahun ini.
Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah menetapkan varian BA.2.75 sebagai "varian dalam pemantauan" pada 7 Jul. pada 7 Jul.
Ini bermakna ada tanda-tandan ia mungkin lebih mudah menular atau dikaitkan dengan penyakit lebih teruk, tetapi buktinya lemah atau belum lagi dinilai.

Singapura melaporkan 8,983 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Jumaat (22 Jul), dengan 8,635 jangitan tempatan dan 348 kes import.
Sebanyak 1,645,092 kes COVID-19 dilaporkan di Singapura sejak pandemik melanda.
Mediacorp sudah menghubungi MOH bagi maklumat lanjut.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.