6 kes COVID-19 dikesan hasil ujian pemantauan 4 blok HDB
Kementerian Kesihatan (MOH) memberikan maklumat terkini mengenai gerakan ujian pemantauan masyarakat yang dijalankan di empat tempat.
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) memberikan maklumat terkini mengenai gerakan ujian pemantauan masyarakat yang dijalankan di empat tempat.
Semua ujian itu selesai dilakukan semalam (8 Ogos) dan kelmarin (7 Ogos).
Bagi ujian di Blok 237 Bukit Batok East Avenue 5, 46 orang diuji negatif dan seorang disahkan positif COVID-19.
Di Blok 51 Chin Swee Road, 507 orang didapati negatif manakala tiga pula diuji positif.
MOH juga selesai menjalankan ujian bagi para penduduk di Blok 683 Tessensohn Road dan kesemua 452 individu diuji negatif bagi COVID-19.
Ujian bagi para penduduk Blok 556, Ang Mo Kio Avenue 10 yang dilakukan semalam pula mendapati 472 individu diuji negatif sementara lagi dua diuji positif.
Hampir 1,500 penduduk diuji secara keseluruhan setelah kes jangkitan dikesan dalam kalangan penduduk di blok-blok berkenaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.