Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6 kemudahan khas disediakan bagi tampung pekerja asing baru tiba di S'pura

Enam kemudahan khas akan disediakan bagi menempatkan ratusan pekerja asing baru semasa mereka menjalani ujian tambahan selama seminggu selepas tiba di sini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jan 2021 09:36PM Dikemas Kini : 09 Jan 2021 09:39PM

SINGAPURA: Enam kemudahan khas akan disediakan bagi menempatkan ratusan pekerja asing baru semasa mereka menjalani ujian tambahan selama seminggu selepas tiba di sini.

Lebih banyak kemudahan sedemikian akan dibuka dalam beberapa minggu akan datang sedang Singapura membuka pintu kepada lebih ramai pekerja asing bagi memenuhi keperluan tenaga buruh.

Kumpulan pertama sekitar 90 pekerja asing baru, siang tadi (9 Jan), menjalani Ujian Pantas Antigen.

Ujian itu adalah antara tiga ujian yang perlu mereka jalani semasa berada di kemudahan itu selama tujuh hari. Jika mereka didapati tidak positif COVID-19, mereka akan dibenarkan menetap di dormitori masing-masing.

Buat masa ini, dua kemudahan sedemikian di Tuas menempatkan lebih 160 pekerja.

Bagi mendapatkan keseimbangan memenuhi keperluan tenaga manusia dan langkah keselamatan, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) membenarkan para pekerja kembali bekerja dengan pengangkutan khusus dan langkah pengurusan keselamatan yang ketat dilaksanakan.

Seorang majikan yang ditemui Mediacorp mengalu-alukan langkah berkenaan kerana ia bukan sahaja memenuhi masalah kekurangan tenaga kerja tetapi juga satu merupakan langkah pencegahan tambahan daripada berlakunya tapak kerja ditutup dek jangkitan COVID-19.

MOM menambah kebanyakan pekerja baru itu akan bekerja semasa menjalani ujian tambahan seminggu.

Kementerian itu menasihati mereka untuk mengehadkan pergaulan antara pekerja asing baru dan sedia ada semasa tempoh tersebut.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan