6 individu terima anugerah SCDF bantu budak 9 tahun yang tersepit dalam kemalangan
Enam individu diberikan anugerah oleh SCDF kerana membantu seorang budak lelaki sembilan tahun yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya Rabu lalu (17 Jan).
SINGAPURA: Enam individu diberikan anugerah oleh SCDF kerana membantu seorang budak lelaki sembilan tahun yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya Rabu lalu (17 Jan).
Ketika kemalangan yang turut melibatkan sebuah kereta di sepanjang Geylang East Avenue 1, beberapa pejalan kaki terus memberikan bantuan kepada budak lelaki tersebut yang tersepit di bawah kereta itu.
Mereka mengangkat kereta dan menarik keluar budak tersebut sebelum SCDF tiba.
Budak itu kemudian dihantar ke Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-Kanak.
"Saya merupakan salah seorang yang ke sana. Kemudian saya berikan beg saya kepada rakan saya dan terus menghulurkan bantuan. Dua lagi rakan saya juga sama-sama membantu.
"Pada waktu itu, saya tidak tahu saya akan mendapat anugerah. Saya hanya membantu tanpa mengharapkan apa-apa balasan," kata Branson Ong, 12 tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.