Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6 individu terima Anugerah Belia Harapan Goh Chok Tong tahun ini

Para penerima Anugerah Belia Harapan Goh Chok Tong cemerlang dalam bidang bukan akademik seperti filem dan rekaan, seni memasak dan teater.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Sep 2015 05:31PM Dikemas Kini : 14 Sep 2015 08:56PM

SINGAPURA: Enam individu yang berpotensi besar dalam bidang bukan akademik dipilih sebagai penerima Anugerah Belia Harapan Goh Chok Tong tahun ini.

Mereka cemerlang dalam bidang-bidang seperti filem dan rekaan, seni memasak dan teater.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim kelmarin (12 Sep).

Genggam bara api biar sampai jadi arang - itulah prinsip Sulaiha Salim yang tabah mengharungi cobaan hidup untuk mencapai cita-citanya.

Kelmarin, Sulaiha tersenyum bangga kerana menjadi antara penerima Anugerah Belia Harapan Goh Chok Tong.

"Kedua emak bapa saya kurang upaya, jadi saya dapat banyak inspirasi dari mereka, kerana merekalah saya tabah untuk bidang ini. Saya tidak sangka untuk mendapat anugerah ini. Dengan ini, ia akan membantu saya untuk masuk universiti dan meneruskan kejayaan," kata Sulaiha.

Anugerah itu dalam bentuk biasiswa bernilai antara $10,000 hingga $25,000 seorang untuk membiayai yuran pengajian tinggi.

Dengan biasiswa yang diterimanya itu, cita-cita Sulaiha untuk memburu diploma dalam bidang rekaan permainan di Politeknik Republik kini menjadi kenyataan.

Seorang lagi penerimanya, Mohamed Shaifulbahri Sawaladdin pula, tidak pernah membayangkan untuk menceburi bidang teater.

Apatah lagi dia sering mendengar suara-suara sinis yang mengatakan bidang seni yang diceburinya tidak menjamin masa depan yang cerah.

"Kalau hendak teruskan sahaja, jangan putus asa. Kadang kala kerana kewangan, minat atau orang beri macam-macam kritikan, jangan putus asa, cuba sedaya upaya kerana ada bermacam laluan," kata Shaifulbahri.

Shaifulbahri akan meneruskan pengajian sarjana dalam bidang Penerbitan Kreatif di Royal School of Speech and Drama di UK.

Anugerah Belia Harapan Goh Chok Tong mula diperkenalkan 10 tahun lalu.  

Sumber : BERITA Mediacorp/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan