6 individu didakwa sertai perhimpunan awam; termasuk pelakon 'Phua Chu Kang' Lim Kay Siu, Neo Swee Lin
Enam individu, termasuk wartawan Kirsten Han serta pelakon 'Phua Chu Kang' Lim Kay Siu dan Neo Swee Lin, didakwa pada Isnin (28 Sep) kerana menyertai perhimpunan awam.
- Six Singaporeans, including journalist Kirsten Han and actors Lim Kay Siu and Neo Swee Lin, were charged on Sep 28 with taking part in public assemblies without a permit.
- The case involves an assembly outside the State Courts in February 2025 and candle-lighting events at Changi Prison in November 2024 and January 2025.
- The gatherings were related to support for the abolition of the death penalty and commemorating inmates, with police saying several accused had previously been investigated, warned or convicted.
- The judge set bail at S$5,000 for each person, adjourned the case until October, and police reminded the public to apply for a permit or use Speakers’ Corner.
- Enam warga Singapura, termasuk wartawan Kirsten Han serta pelakon Lim Kay Siu dan Neo Swee Lin, didakwa pada 28 Sep kerana menyertai perhimpunan awam tanpa permit.
- Kes itu melibatkan perhimpunan di luar Mahkamah Negara pada Februari 2025 dan acara menyalakan lilin di Penjara Changi pada November 2024 serta Januari 2025.
- Perhimpunan tersebut berkaitan sokongan terhadap pemansuhan hukuman mati dan memperingati banduan, dengan polis menyebut beberapa tertuduh pernah disiasat, diberi amaran atau disabitkan.
- Hakim menetapkan ikat jamin S$5,000 setiap seorang, kes ditangguhkan hingga Oktober, dan polis mengingatkan orang ramai memohon permit atau menggunakan Sudut Pidato.
SINGAPURA: Enam individu, termasuk wartawan Kirsten Han serta pelakon 'Phua Chu Kang' Lim Kay Siu dan Neo Swee Lin, didakwa pada Isnin (28 Sep) kerana menyertai perhimpunan awam.
Perhimpunan-perhimpunan itu diadakan di kawasan larangan, termasuk di luar Mahkamah Negara bagi menyokong pemansuhan hukuman mati serta acara menyalakan lilin berhampiran Penjara Changi bagi banduan yang menanti hukuman mati.
Enam warga Singapura yang didakwa ialah Annamalai Kokila Parvathi, 38 tahun; Ten Leu Jiun Jeanne-Marie, 56 tahun; Howe Wen Khong Rocky, 31 tahun; Kirsten Han, 37 tahun; Lim Kay Siu, 70 tahun; dan Neo Swee Lin Winifred, 63 tahun.
Kesemua mereka kecuali Ten didakwa menyertai satu perhimpunan awam di luar Mahkamah Negara pada 3 Februari 2025.
Mahkamah Negara merupakan kawasan larangan.
Pasangan suami isteri Neo dan Lim sebelum ini membintangi sitkom tempatan 'Phua Chu Kang'.
Neo memainkan watak ibu kepada kontraktor Phua Chu Kang, manakala Lim memegang watak Frankie Foo.
ACARA MENYALAKAN LILIN DI PENJARA CHANGI
Ten pula didakwa menghadiri dua acara menyalakan lilin di Penjara Changi pada November 2024.
Howe berdepan paling banyak tuduhan dalam kalangan enam tertuduh.
Selain perhimpunan di Mahkamah Negara, dia didakwa menghadiri tiga acara menyalakan lilin di Penjara Changi pada November 2024 dan Januari 2025.
Kes-kes itu berkaitan acara memperingati pelaksanaan hukuman mati terhadap banduan.
Menurut polis, dua daripada enam tertuduh pernah disiasat dan diberi amaran sebelum didakwa, manakala dua lagi berulang kali terlibat dalam kes sedemikian meskipun sedang disiasat.
Polis menyatakan Han sebelum ini pernah berdepan tindakan undang-undang berhubung perhimpunan awam tanpa permit pada 2017 dan 2022, menghalang proses keadilan pada 2022 serta satu perarakan awam pada Jun 2024.
Annamalai pula sebelum ini disabitkan kesalahan kerana menganjurkan perarakan awam berhampiran Istana dan berhubung perhimpunan awam pada 2017 dan 2021.
Howe dan Ten juga pernah diberikan amaran tegas berhubung kesalahan sebelum ini, menurut polis.
JAMINAN S$5,000
Peguam Derek Wong mewakili lima daripada enam tertuduh, manakala Howe tidak diwakili peguam.
Encik Wong meminta agar anak guamnya dibebaskan tanpa ikat jamin atau dikenakan bon peribadi.
Hakim Daerah Wong Peck menolak permohonan itu dan menetapkan ikat jamin sebanyak S$5,000 bagi setiap seorang.
Howe turut membuat permohonan serupa tetapi mahkamah menetapkan ikat jamin baginya.
Kesemua kes ditangguhkan sehingga Oktober.
ORANG RAMAI HADIR DI MAHKAMAH
Terdapat juga sedikit kekecohan di Mahkamah Negara pada Isnin (28 Sep) apabila para pegawai keselamatan menghalang beberapa individu daripada memasuki premis tanpa menukar baju mereka.
Sebahagian daripada mereka memakai baju dengan slogan atau mesej.
Selepas ratusan penyokong hadir semasa satu prosiding mahkamah sebelum ini, hanya mereka yang mempunyai urusan untuk memasuki bilik mahkamah dibenarkan masuk pada Isnin (28 Sep).
Seseorang yang menganjurkan perhimpunan awam di kawasan larangan boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan menyertai perhimpunan awam tanpa permit, pesalah boleh didenda sehingga S$5,000.
Polis mengingatkan orang ramai supaya memohon permit sebelum menganjurkan perhimpunan awam.
Mereka yang mahu menyuarakan pandangan tetapi tidak mempunyai permit boleh mempertimbangkan untuk berbuat demikian di Sudut Pidato.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.