Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6 firma mohon kelulusan hasilkan kit ART di S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Mar 2022 05:32PM Dikemas Kini : 02 Mar 2022 10:20PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa menerima permohonan daripada enam syarikat ujian pantas antigen (ART) yang ingin mengeluarkan atau menghasilkan kit ujian secara tempatan, kata Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Low Yen Ling di Parlimen pada Rabu (2 Mac).

Permohonan adalah dalam "pelbagai peringkat penilaian" oleh Kementerian Kesihatan (MOH) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA), dedah Cik Low, tanpa mendedahkan nama firma-firma yang berminat.

Menurut beliau lagi, pihak berkuasa "menyambut baik" permohonan-permohonan itu, memandangkan buat masa ini tiada syarikat yang mengeluarkan atau menghasilkan kit tersebut secara tempatan.

Beliau juga berkata bahawa sebaik saja permohonan-permohonan itu diluluskan, firma-firma tersebut boleh membuat permohonan bagi skim geran dan pinjaman yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan lembaga berkanun di bawah kementerian tersebut bagi menyokong syarikat-syarikat dengan rancangan untuk menghasilkannya di sini.

Permintaan bagi kit-kit ART melonjak sejak beberapa minggu kebelakangan ini, menurut para peruncit.

Semasa menjawab pertanyaan lanjut Anggota Parlimen (AP) Zhulkarnain Abdul Rahim (PAP-Chua Chu Kang), Cik Low turut mendedahkan bahawa pihak berkuasa "sedang menilaisecara aktif" kelayakan jenama-jenama lain bagi penjualan runcit di sini.

Dua lagi jenama kit ART - Alltest dan Indicaid - akan dipasarkan di sini pada bulan ini.
 

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan