Skip to main content

Singapura

6 cedera, lori DHL langgar trak di Tanah Merah Coast Road

Enam orang dibawa ke hospital selepas trak yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori DHL di Tanah Merah Coast Road pada pagi Khamis (27 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
6 cedera, lori DHL langgar trak di Tanah Merah Coast Road

(Gambar: SG Kay Poh/Facebook)

Diterbitkan : 27 Jun 2019 10:28PM Dikemas Kini : 27 Jun 2019 10:30PM

SINGAPURA: Enam orang dibawa ke hospital selepas trak yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori DHL di Tanah Merah Coast Road pada pagi Khamis (27 Jun).

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada pukul 8.00 pagi.

Video yang disiarkan kumpulan SG Kay Poh di Facebook menunjukkan sebuah lori besar DHL merempuh bahagian belakang sebuah trak berwarna biru. Akibat kesan pelanggaran tersebut, enam lelaki tercampak keluar dari trak berkenaan, yang kemudiannya terbabas lalu melanggar tepi jalan.

Menurut polis, enam orang, berusia antara 31 dengan 40 tahun, dibawa ke Hospital Besar Changi, dalam keadaan sedar.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, seorang jurucakap DHL berkata kemalangan itu melibatkan subkontraktor yang mengendalikan kenderaan itu bagi pihak DHL Global Forwarding Singapore.

"Subkontraktor itu sudah membuat laporan polis dan sedang membantu siasatan polis," kata jurucakap itu.

"Keselamatan jalan raya amat penting bagi operasi DHL, dan kami akan menyemak piawaian keselamatan dengan rakan kongsi dan subkontraktor kami."

Siasatan polis diteruskan.

Sumber : CNA/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita