6 bazar Ramadan merata SG untuk anda teroka
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Jasper Loh)
SINGAPURA: Sudah masuk minggu kedua bulan Ramadan, pasti semakin ramai yang sudah mula meninjau-ninjau bazar-bazar Ramadan di merata negara.
Bagi yang baru sahaja merancang untuk ke bazar Ramadan minggu ini, kami senaraikan enam lokasi untuk anda meninjau-ninjau dan berbelanja.
DAERAH TENGAH:
BAZAR KAMPONG GELAM

Bazar Kampong Gelam ini boleh disifatkan sebagai bazar klasik. Kawasan ini menempatkan begitu banyak gerai dan restoran milik Melayu/Islam.
Bazar Kampong Gelam tahun ini menampilkan sekitar 120 gerai makanan dan minuman (F&B) dan runcit dengan beraneka makanan, minuman serta pilihan barangan Hari Raya.
Tidak seperti bazar lain di merata Singapura, kebanyakan gerai di sini dibuka dari tengah hari hingga kira-kira pukul 1.00 pagi.
Di bazar ini juga anda boleh melihat banyak gerai menawarkan makanan 'fusion' dan hidangan ala Arab dan Mediterranean, seperti kudapan Turki, baklava dan Kunafa serta Shawarma dan kebab.
Jika anda mahukan juadah tempatan atau makanan klasik bazar seperti burger Ramly, vadai atau nasi ambeng, anda pasti tidak akan kecewa.
Gerai untuk ditinjau:
The Original Pisang Keju: Original pisang keju dengan coklat
Pichanhas: People’s steak and mash
The House of Lemang: Set lemang dengan rendang dan serunding
Lokasi: Kandahar Street, Muscat Street dan Baghdad Street
Bila: Sehingga 5 April.
DAERAH TIMUR
BAZAR GEYLANG SERAI

Bukan bulan Ramadan jika tiada bazar Geylang Serai, bukan?
Terletak di pekarangan Wisma Geylang Serai di Engku Aman Road, Changi Road dan Sims Avenue, bazar ini menampilkan 150 gerai F&B daripada 500 gerai kesemuanya.
Jumlah ini lebih rendah berbanding 700 gerai pada tahun lalu.
Tahun ini, meskipun beberapa pemilik gerai menyuarakan kebimbangan tentang kos sewa, banyak makanan dan minuman dijual pada harga sekitar S$5 bagi memastikan ia dimampui.
Jika anda ke sana, jangan lupa tinjau gerai pendatang baharu seperti The Padangton dan Mahmud’s Tandoor, selain menu inovatif daripada gerai-gerai seperti Fooditude's Fries Society.
Tempat duduk untuk makan juga disediakan di Sims Road, dilengkapi lampu lap-lip dan hiasan ala kampung. Datang awal untuk 'chope' tempat duduk anda.
Seperti tahun-tahun sudah, kebanyakan gerai akan dibuka hingga lewat malam, sekitar 12.00 tengah malam. Jadi anda boleh menjangkakan ramai orang beratur panjang di gerai-gerai popular walaupun anda tiba pukul 11.00 malam.
Jangan lupa tinjau:
Mango Bossku: Crispy kunafa dan minuman
Mr Pani Puri: puri taco
The Padangton: Taco Rendang padang dan nasi kunyit rendang Padang
Mahmud's Tandoor: Burger tandoori dengan kentang goreng masala ditimbunkan ayam
Lokasi: Kawasan Pasar Geylang Serai, Wisma Geylang Serai dan Tanjong Katong Kompleks
Bila: Sehingga 9 April
BAZAR ECOHARMONY FEST

Pernah dengar tentang bazar berdaya mampan?
Datanglah ke bazar ecoHarmony Fest, yang bertempat kira-kira 10 minit jalan kaki dari Stesen MRT Bedok.
Menampilkan lebih 200 gerai dan kegiatan, bazar unik ini menggunakan panel-panel solar bagi beberapa bahagian operasinya.
Anda juga boleh melihat banyak tong kitar semua di merata kawasan bazar tersebut.
Selain operasi, jika anda ke sana untuk beli makanan dan minuman, anda boleh tersenyum lebar!
Manakan tidak, bazar ini menawarkan pelbagai makanan seperti sotong goreng, pisang goreng dan dendeng selain snek tempatan yang ada 'twist' diolah menjadi 'mini vadai pop'.
Bazar ini juga menganjurkan pelbagai kegiatan seperti persembahan nyanyian dan acara lelong.
Jika anda tidak takut panas atau bersesak dengan orang ramai, anda boleh datang pada pukul 6.00 petang untuk betul-betul menikmati suasana bazar.
Jangan lupa tinjau:
My Little Coconut: Coconut shake dengan red ruby
Roti Fifi: Vadai pops
Shaked N Baked: Burger ayam Crispy
Lokasi: Di tanah lapang bersebelahan Blok 131 Bedok North Ave 3
Bila: Sehingga 9 April
BAZAR MALAM MRT TAMPINES

Para penduduk Tampines sudah biasa dengan lokasi ini. Betul-betul bersebelahan dengan stesen MRT dan dikelillingi pusat beli-belah.
Bazar tahun ini lebih luas dengan adanya tempat duduk terbuka berbanding tahun lalu.
Ini memberi pengunjung lebih banyak peluang untuk bersantai sambil menikmati makanan mereka di sana.
Bolehlah anda beli dan terus makan panas-panas di lokasi.
Selain itu, terdapat banyak hiasan Ramadan, sekali gus menyemarakkan lagi suasana. Malah, hiasannya cukup menarik untuk anda bergambar.
Bazar ini menawarkan makanan halal dan bukan halal. Jadi para pengunjung Muslim perlu memastikan gerai yang dilanggani ada sijil halal atau adalah milik Muslim.
Jangan lupa tinjau:
Spud Shack: Rosti kentang klasik dan kentang lenyek bawang putih
Here Thai Food: Penkek pandan Thai
The Bakso Safirah: Bakso biasa dan keropok lekor
Lokasi: Bersebelahan MRT Tampines
Bila: Sehingga 7 April
DAERAH BARAT
BAZAR NOSTALGIA JURONG WEST

Jika anda tinggal di barat Singapura, usah gusar. Ada juga bazar di Jurong West.
Bertempat di kawasan terbuka dikelilingi rumah-rumah kedai dan tempat letak kereta Blok 495, 498, 466 dan 467, bazar ini menampilkan kira-kira 70 gerai, kebanyakannya menjual makanan dan minuman.
Bazar ini menampilkan snek klasik bazar seperti takoyaki, roti john, pisang goreng, roti boyan, nasi ambeng dan minuman seperti coconut shake dan jus buah-buahan pada harga yang dimampui.
Banyak perniagaan dari rumah (HBB) dan restoran yang terbiasa dengan penduduk di barat Singapura seperti Ayza Restaurant dan Pondok Rasa boleh dilanggani di bazar ini.
Anda pasti tersenyum dengan menu kegemaran dari restoran-restoran ini seperti roti john keju dan kuih-muih Melayu.
Bazar ini juga menawarkan tempat duduk untuk anda berbuka puasa, selain musollah dan tempat berwuduk.
Jangan lupa tinjau:
Roti Boyan Special: Roti boyan
Shawarma N Kebab and Sweets: Kebab daging
Ayza’s Restaurant: Roti john
The Fruity Empire: Mango Tango, Strawberry Lychee dan jus kelapa
Lokasi: Kawasan terbuka bersebelahan Blok 495 Jurong West St 41
Bila: Sehingga 8 April
DAERAH UTARA
BAZARIA MARSILING

Sebaik sahaja anda keluar dari Stesen MRT Woodlands, telinga anda akan disapa dendangan lagu-lagu daripada seniman jalanan atau 'buskers' dan anda akan terhidu bau enak makanan digoreng.
Mereka yang tinggal di utara Singapura pasti tahu lokasi bazar ini.
Bazar Ramadan kali ini menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman, selain menampilkan gerai-gerai HBB dan perniagaan lain dari merata Singapura.
Contohnya, Loco Loco dan Here Thai Food.
Untuk mengelak kesesakan dan berjalan lebih selesa, datang lebih awal apabila gerai-gerai baharu sahaja dibuka sekitar pukul 4.00 petang atau sebelah malam pukul 8.00 atau 9.00 malam.
Jangan lupa tinjau:
No 1 Apam Balik: Apam balik dengan Nutella
Loco Loco: Original churro
Satay Kak Pah: Satay dan beef dendeng
Lokasi: Bersebelahan MRT Woodlands

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.