6 bangunan di tapak Akademi Polis Lama akan dipulihara
SINGAPURA: Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) akan memulihara enam bangunan lama di tapak lokasi Akademi Polis Lama (OPA).
Menteri Negara Pembangunan Negara, Dr Muhammad Faishal Ibrahim memberi kemas kini itu menerusi catatannya di Facebook hari ini (28 Okt).
Pada 2021, HDB, URA dan SLA telah mengumumkan projek Bina Ikut Tempah (BTO) di tapak tersebut bagi sebuah estet perumahan baharu Mount Pleasant.
Menurut Dr Faishal, estet baharu itu akan memenuhi keperluan perumahan pelbagai lapisan rakyat Singapura.
Namun, sejarah dan warisan yang kaya OPA tidak akan dilupakan.
Salah sebuah daripada enam bangunan lama yang dipulihara itu akan dijadikan balai polis di estet baharu itu.
Dr Faishal berharap dapat bekerjasama rapat dengan Kumpulan Kerja Warisan Akademi Polis Lama, pakar warisan dan masyarakat polis bagi memikirkan cara untuk menyepadukan sejarah OPA dalam rancangan pembangunan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.