6 bakal calon Presiden SG mohon Sijil Kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya: ELD
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menjelang Pilihan Raya Presiden yang dijangkakan pada 1 September nanti, Jabatan Pilihan Raya (ELD) mengumumkan pada Khamis (17 Ogos) bahawa ia menerima enam permohonan bagi Sijil Kelayakan dan 16 pengisytiharan masyarakat.
Sijil Kelayakan adalah satu daripada dua dokumen yang perlu dimohon para calon, jika mereka berhasrat untuk bersaing dalam Pilihan Raya Presiden Singapura yang pertama sejak 12 tahun lalu.
Ia diberikan kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat sektor awam dan swasta, antara kriteria lainnya.
Sijil masyarakat pula membenarkan seseorang calon untuk mengisytihar jika mereka tergolong dalam masyarakat Cina, Melayu, India, atau masyarakat "Minoriti Lain".
Ia tidak relevan bagi pilihan raya akan datang, yang dibuka kepada kesemua kaum, tetapi pengisytiharan itu perlu untuk menentukan bila pilihan raya yang dikhaskan bakal diadakan seterusnya.
Jika tiada sesiapa daripada sesebuah masyarakat tertentu telah dilantik untuk menyandang jawatan tertinggi negara ini sepanjang lima penggal yang lalu, pilihan raya seterusnya akan dikhaskan bagi masyarakat tersebut.
Permohonan bagi Sijil Kelayakan dan Sijil Masyarakat ditutup pada 5.30 petang pada Khamis, iaitu hari kelima setelah Writ Pilihan Raya dikeluarkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Sebelum ini, semalam, empat individu telah tampil mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding: Mantan Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam, usahawan George Goh, mantan ketua pegawai pelaburan GIC Ng Kok Song, dan mantan ketua eksekutif NTUC Income Tan Kin Lian.
Pada hari Jumaat esok (18 Ogos), permohonan untuk sijil derma politik akan ditutup, dan selepas itu Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden akan memaklumkan kesemua bakal calon Presiden mengenai kelayakan mereka untuk menjadi calon, menjelang Hari Penamaan Calon yang jatuh pada 22 Ogos.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.