Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

59.2% jemaah sahkan hasrat tunai haji pada tarikh tutup

Anggaran Waktu Membaca:
59.2% jemaah sahkan hasrat tunai haji pada tarikh tutup

Jemaah haji terhad tawaf keliling Kaabah pada 31 Jul 2020 (Gambar: SPA/AFP)

BERITAmediacorp: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menerima jawapan daripada 59.2 peratus atau 888 jemaah yang menyatakan hasrat untuk menunaikan haji tahun ini.

Menjawab pertanyaan BERITAmediacorp, MUIS menyatakan jawapan itu diterima pada tarikh tutup 27 Jan yang ditetapkan bagi para bakal jemaah yang menerima Surat Hasrat (LOI).

Kesemuanya 1,500 LOI dihantar oleh MUIS.
Mereka yang menyatakan hasrat untuk menunaikan haji tahun ini akan menerima Surat Tawaran Rasmi (LOO) pada hujung bulan Februari.

MUIS menyatakan sebelum ini, mereka yang menolak LOI akan dikembalikan ke senarai menunggu dan tiada lagi surat akan dihantar selepas surat bertarikh 12 Januari.
Beberapa ejen penjualan pakej haji (GSA) yang dihubungi BERITAmediacorp menyatakan, antara sebab-sebab utama seseorang menolak LOI bagi menunaikan haji adalah kedudukan kewangan dan isu kesihatan.

Sesetengah daripada mereka pula menolaknya atas sebab komitmen kerja dan kurang persediaan.

Tahun ini, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli mengumumkan bahawa Singapura diberikan jumlah kuota rasmi 900 tempat haji oleh Kerajaan Arab Saudi.

Jumlah itu adalah sama dengan tahun lalu, apabila Singapura menyambung semula ibadah haji selepas dua tahun menangguhkannya akibat pandemik COVID-19.
Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan