5,862 kes baru COVID-19 dilaporkan di S'pura; tiada kematian

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 5,862 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Rabu (22 Jun).
Ia terdiri daripada 5,245 jangkitan tempatan dan 617 kes import.
Tiada kematian dilaporkan.
Berikut maklumat yang perlu anda tahu:
KEMAS KINI KEADAAN
Kes baru pada 22 Jun: 5,862
Kes baru tempatan: 5,245
Kes import: 617
Jumlah kes baru Protokol 2: 5,389
Ini terdiri daripada 5,245 kes tempatan dan 617 kes import.
Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.
Lagi 473 kes disahkan menerusi ujian PCR.
Sebanyak 440 adalah jangkitan tempatan, manakala 33 adalah kes import.
Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,383,952
KEMATIAN
Kes kematian pada 22 Jun: 0
Jumlah kematian sejauh ini: 1,405
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.3, naik sedikit berbanding 1.23 semalam (21 Jun).
Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.
Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin meningkat.
KEADAAN DI HOSPITAL
Seramai 322 pesakit masih dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 326 semalam (21 Jun).
Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 30
Dipantau rapi di ICU: 12
Seramai 3,273 pesakit dibenarkan keluar hospital.
PERKEMBANGAN VAKSINASI
Setakat Selasa (21 Jun), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.
Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 78 peratus
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.