Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5,633 kes baru COVID-19 di S'pura; 2 kematian

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 5,633 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Sabtu (6 Ogos).

Jumlah kes baru itu terdiri daripada 5,426jangkitan tempatan dan 207‬ ‬kes import.

Dua kematian dilaporkan.

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru COVID-19 pada 6 Ogos: 5,633
Kes baru tempatan: 5,426
Kes import: 207

Jumlah kes baru Protokol 2: 5,020

Ini terdiri daripada 4,863 kes tempatan dan 157 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 613 kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 563 adalah jangkitan tempatan, manakala 50 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,754,777

KEMATIAN

Kes kematian pada 6 Ogos: 2

Jumlah kematian sejauh ini: 1,536

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan kekal pada 0.82. 

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar kurang 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 626 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 659 yang dicatatkan semalam (5 Ogos).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 54

Dipantau rapi di ICU: 16

Seramai 7,084 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Jumaat (5 Ogos), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 79 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan