Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

56,000 flat HDB dipilih jalani program HIP

Flat-flat tersebut adalah sebahagian daripada sekitar 230,000 unit yang dibina antara 1987 dengan 1997, dan layak untuk menjalani Program Peningkatan Rumah (HIP).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Feb 2022 03:04PM Dikemas Kini : 21 Feb 2022 10:52AM

SINGAPURA: Kerja-kerja naik taraf sedang dijalankan ke atas 56,000 flat HDB di sini.

Flat-flat tersebut adalah sebahagian daripada sekitar 230,000 unit yang dibina antara 1987 dengan 1997, dan layak untuk menjalani Program Peningkatan Rumah (HIP).

Ia termasuk flat di estet seperti Bishan, Choa Chu Kang dan Pasir Ris.

Kerja-kerja naik taraf sudah dimulakan pada Disember lalu dan dijangka selesai dalam masa 10 tahun akan datang.

Selain kerja-kerja pembaikan asas, pemilik rumah juga boleh memilih untuk menukar pintu rumah kepada jenis laminasi kayu yang lebih tahan lama, atau mengubahsuai tandas.

Bagi membantu penduduk mendapatkan gambaran kerja-kerja peningkatan yang ditawarkan, aplikasi HDB dengan kelebihan Realiti Tambahan (AR) disediakan.

Menurut HDB, hampir kesemua 320,000 flat yang dibina sebelum tahun 1987 sudahpun atau dalam proses menjalani HIP, dengan 81 peratus daripadanya sudah siap.

Setakat 31 Mac 2021, sekitar S$3.4 bilion dibelanjakan bagi program peningkatan tersebut.

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan