Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

56 perniagaan, 360 individu disaman; langgar peraturan COVID-19 sejak awal 2022

Sebanyak 56 perniagaan diarahkan ditutup atau didenda kerana melanggar peraturan COVID-19 sejak awal tahun ini. Ia termasuk cawangan makanan dan minuman (F&B) yang membenarkan para pelanggan, yang kemudian diuji positif koronavirus, untuk bernyanyi karaoke.

Anggaran Waktu Membaca:
56 perniagaan, 360 individu disaman; langgar peraturan COVID-19 sejak awal 2022

Tempat hiburan malam, The Eastern (kiri), dan Lu La (kanan) didapati melanggar peraturan COVID-19. (Gambar: MSE)

SINGAPURA: Sebanyak 56 perniagaan diarahkan ditutup atau didenda kerana melanggar peraturan COVID-19 sejak awal tahun ini. Ia termasuk cawangan makanan dan minuman (F&B) yang membenarkan para pelanggan, yang kemudian diuji positif koronavirus, untuk bernyanyi karaoke.

Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) menyatakan dalam kenyataannya pada Jumaat (28 Jan) bahawa daripada jumlah perniagaan tersebut - merangkumi cawangan F&B, hotel dan pusat beli-belah - 27 diarahkan ditutup manakala 29 dikenaka denda.

Perniagaan-perniagaan itu didapati melanggar beberapa peraturan termasuk gagal untuk mengurangkan interaksi antara kakitangan dengan pelanggan, memastikan kumpulan pelanggan tidak melebihi had saiz kumpulan yang dibenarkan serta memeriksa status vaksinasi pelanggan.

Antaranya ialah Candy K-Bar, cawangan F&B di Somerset, yang diarahkan ditutup selama 20 hari dari Rabu kerana membenarkan perhimpunan sosial melebihi saiz kumpulan yang dibenarkan dan menjual minuman keras selepas pukul 10.30 malam.

Ia juga membenarkan pelanggan untuk bernyanyi karaoke dan bermain baling damak. Para pelanggan itu, yang merupakan rakan-rakan sekerja di satu lagi perniagaan F&B, kemudian diuji positif COVID-19. Mereka menjangkiti sekurang-kurangnya 10 rakan kerja lain yang tidak menghadiri perhimpunan pada malam tersebut.

MSE menyatakan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan bilangan individu yang menjadi sebahagian daripada kumpulan berkenaan.

Sejak awal tahun ini, 341 individu sudahpun didenda kerana melanggar langkah-langkah pengurusan selamat atau langkah-angkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi (VDS) seperti berhimpun dalam kumpulan melebihi saiz yang dibenarkan dan kesalahan lain berkaitan pelitup.

Lembaga Taman Negara (NParks) juga akan mengambil "tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya" terhadap 19 individu lain yang didapati berhimpun dalam kumpulan melebihi lima orang di taman serta pantai awam pada 23 Januari.

Dalam kalangannya adalah sekumpulan 11 individu di Taman Bandar Toa Payoh, menurut MSE.


Senarai perniagaan yang diarahkan ditutup atau didenda sejak awal 2022

Diarah tutup:


Alankar Restaurant
Alter Ego
BK Eating House
Burger King at (Plaza Singapura)
Candy K-Bar
Eno-Oka Japanese Restaurant
Fragrance Hotel (Balestier)
Friends Bistro Bar
Go Ang Pratunam Chicken Rice
Gui Fei Ji
Halfpipe Skate Bar
Inasal
Komma
Lady Wu
Li Zhi Lai Jie Jia
Lu La
Mr. Boss Disco
Phaya Chalawan Corner
Rooftop Café & Bar
Sake Labo
Sanook Kitchen (Parkway Parade)
Soi Happi Thai Food Bistro and Bar
The Eastern (497)
York Hotel
Yellow Goldenland
Xing Hua Xing
Warm BBQ


Didenda:

3 Hot Shot Café & Bar
Belle-Ville Pancake Café
BaoBao Food Court
Bayside Drinks & Eats
Bizen
Cash Studio Family Karaoke (SingPost Centre)
Cedele Bakery Kitchen (Raffles City Shopping Centre)
Chef Kiosk by Chef
Club Luxe
Concorde Hotel and Shopping Mall
Dondaebak
Fluff Stack
Fortune Garden
Gangnam Story
Ichikukodo Ramen
Jollibee (Paya Lebar Square)
KFC (PLQ Mall)
Legendary Hong Kong (Jurong Point)
Nyonya Deli
Ocean Star Bar & Grill
One15 Marina Club
Reddot Kitchen
Song Fa Bak Kut Teh (Northpoint City)
The Great Madras
The Original Vadai
The Original Boat Noodle
The Soup Spoon (AMK Hub)
Treasure Vegetarian Restaurant
Whisk Group

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan