Skip to main content

Singapura

55 suspek ditahan berhubung penipuan lebih $1.8 juta

Polis memberkas 55 suspek dalam operasi selama lima hari yang menyasarkan pelbagai jenis penipuan melibatkan urus niaga bernilai lebih S$1.8 juta.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Aug 2018 03:20PM Dikemas Kini : 05 Aug 2018 08:50PM

SINGAPURA: Polis memberkas 55 suspek dalam operasi selama lima hari yang menyasarkan pelbagai jenis penipuan melibatkan urus niaga bernilai lebih S$1.8 juta.

Menurut kenyataan media Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Ahad (5 Ogos), 30 lelaki dan 25 wanita berusia antara 18 hingga 71 tahun, sedang membantu siasatan menyusuli operasi yang dijalankan oleh Divisyen Polis Bedok.

Menurut SPF, suspek-suspek itu dipercayai terlibat dalam 77 kes tipu dan kes berkaitan jenayah komersil.

Kes-kes itu termasuk penipuan e-dagang, penipuan pinjaman dan jenayah komersil yang dilaporkan di estet-estet Pasir Ris, Tampines dan Bedok.

LANGKAH BERJAGA-JAGA

SPF juga menyenaraikan beberapa langkah yang boleh diambil orang ramai untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan.

1. Jangan kongsi maklumat peribadi dengan sesiapa.

Maklumat peribadi anda boleh disalahguna oleh penipu.

2. Beli barang daripada peniaga yang diakui. Gunakan wadah beli-belah yang hanya menyampaikan pembayaran anda kepada penjual selepas barang berkenaan diterima.

3. Jangan mudah yakin dengan salinan kad pengenalan yang ditunjukkan individu online - ia tidak semestinya milik orang yang berkomunikasi dengan anda dalam talian.

Komander Polis Divisyen Bedok, Penolong Pesuruhjaya Tan Tin Wee berkata, "Polis memandang serius terhadap sesiapa yang mungkin terlibat dalam penipuan, dan mereka yang didapati melakukan penipuan akan didakwa mengikut undang-undang negara."

Suspek sedang disiasat kerana menipu dan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda, jika didapati bersalah. 

Sumber : CNA/AY/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita