Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5,469 kes baru COVID-19 dilaporkan di S'pura; tiada kematian

Anggaran Waktu Membaca:
5,469 kes baru COVID-19 dilaporkan di S'pura; tiada kematian

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 28 Jan 2022 12:14AM Dikemas Kini : 28 Jan 2022 12:15AM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 5,469 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Khamis (27 Jan), termasuk 379 kes import.

Tiada kes kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 27 Jan: 5,469

Kes baru tempatan: 5,090
Kes import: 379

Jumlah kes baru Protokol 2: 3,571. Ini terdiri daripada 18 kes import dan 3,553 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 1,898 kes disahkan menerusi ujian PCR : 1,537 adalah jangkitan tempatan manakala 361 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 333,071 sejak pandemik bermula

KEMATIAN

Kes kematian pada 27 Jan: 0
Jumlah kematian sejauh ini: 850

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 2.37, merosot berbanding 2.50 pada Rabu (26 Jan).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 masih meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 611 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 580 semalam.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 49
Dipantau rapi di ICU: 12

Seramai 3,109 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Khamis, 91 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Dis.

Lengkap divaksin 2 dos: 88 peratus
Baru menerima satu dos: 91 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 57 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan