Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

54 masjid akan tawar ibadah korban tahun ini; tempahan dibuka mulai 15 Mei

Anggaran Waktu Membaca:
54 masjid akan tawar ibadah korban tahun ini; tempahan dibuka mulai 15 Mei

Kambing di Australia. (Gambar hiasan: Peter Parks/AFP)

SINGAPURA: Sebanyak 54 masjid di Singapura akan menyediakan khidmat ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. 

Demikian menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada Sabtu (14 Mei). 

Berikut adalah senarai masjid yang akan menawarkan khidmat korban tahun ini:

UTARA
Masjid Ahmad Ibrahim
Masjid Al-Istiqamah
Masjid Alkaff Upper Serangoon
Masjid Al-Muttaqin
Masjid An-Nahdhah 
Masjid An-Nur
Masjid Assyafaah
Masjid Darul Makmur
Masjid En-Naeem
Masjid Haji Yusoff
Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau
Masjid Muhajirin
Masjid Yusof Ishak
Masjid Petempatan Melayu Sembawang 

SELATAN
Masjid Abdul Gafoor 
Masjid Al-Abrar
Masjid Al-Amin
Masjid Al-Falah
Masjid Angullia
Masjid Jamek Queenstown
Masjid Jamiyah Ar-Rabitah
Masjid Mujahidin
Masjid Omar Kampong Melaka

TIMUR
Masjid Abdul Aleem Siddique
Masjid Al-Abdul Razak
Masjid Al-Ansar
Masjid Al-Islah
Masjid Al-Istighfar
Masjid Alkaff Kampung Melayu
Masjid Al-Mawaddah
Masjid Al-Taqua
Masjid Darul Aman
Masjid Darul Ghufran
Masjid Haji Mohd Salleh (Geylang) 
Masjid Kampung Siglap
Masjid Kassim
Masjid Khalid
Masjid Sallim Mattar
Masjid Wak Tanjong

BARAT
Masjid Ahmad
Masjid Al'Firdaus
Masjid Al-Huda
Masjid Al-Iman
Masjid Al-Khair
Masjid Almukminin
Masjid Ar-Raudhah
Masjid Assyakirin
Masjid Darussalam
Masjid Hang Jebat
Masjid Hasanah
Masjid Hussain Sulaiman
Masjid Maarof
Masjid Pusara Aman
Masjid Tentera Di-Raja

Dalam kenyataan medianya, MUIS turut mendedahkan bahawa kambing korban tidak akan dibawa masuk ke Singapura buat tiga tahun berturut-turut. 

Jawatankuasa di bawah Gerakan SalamSG (SSGM), iaitu SalamSG Korban sebaliknya, akan bekerja rapat dengan masjid-masjid setempat untuk menguruskan penyembelihan kambing korban di Australia. 

Daging korban akan diterbangkan ke Singapura untuk dibekukan dan diagihkan kepada para jemaah yang mendaftar. 

CARA LEBIH MUDAH UNTUK BUAT TEMPAHAN DAN BAYARAN 

Bagi memudahkan proses membuat tempahan dan bayaran untuk ibadah korban tahun ini, pasukan SalamSG Korban akan memperkenalkan portal pendaftaran www.ourmasjid.sg/korban supaya anggota masyarakat Islam yang ingin menunaikan ibadah berkenaan pada tahun ini boleh membuat tempahan dan bayaran di masjid-masjid yang menawarkan ibadah tersebut. 

Orang ramai boleh membuat tempahan dengan masjid pilihan mereka dan harga kambing korban yang ditawarkan adalah antara S$350 hingga S$370 seekor. 

Selain itu, mereka juga boleh menentukan bahagian kambing korban yang diinginkan, iaitu sepertiga, dua pertiga atau kesemuanya dan memantau baki kambing korban yang belum terjual di setiap masjid yang menawarkan khidmat tersebut, menurut MUIS. 

Orang ramai yang berminat juga boleh membuat pendaftaran dan bayaran di masjid-masjid yang menawarkan khidmat korban melalui kaunter-kaunter yang disediakan.

Tempahan dan pembelian kambing korban akan dibuka mulai Ahad (15 Mei) sehingga Jumaat (1 Julai), tertakluk kepada ketersediaan bekalan.

Bayaran boleh dibuat secara online menerusi PayNow, Kad Debit atau Kad Kredit. E-resit kemudian akan dikirimkan melalui emel. 

Bayaran wang tunai hanya boleh dilakukan di kaunter-kaunter fizikal di masjid-masjid terlibat. 

Daging korban akan mula diagihkan pada Khamis (14 Julai) sehingga Ahad (7 Ogos). 

Para jemaah yang membuat pendaftaran akan dimaklumkan tentang agihan daging korban oleh pihak masjid di mana mereka membuat tempahan. 

Mereka juga boleh menghubungi masjid berkenaan untuk bertanya tentang pembelian mereka. 

Sebagai sebahagian daripada tema SSGM "Suburkan Salam. Sebarkan Rahmah.", ibadah korban tahun ini juga bermatlamat untuk memupuk sifat bersyukur dalam kalangan umat Islam tempatan sepanjang tempoh Ramadan sehingga Zulhijjah. 

"Yang penting adalah agihan daging korban kepada anggota masyarakat yang memerlukan, seperti mereka yang terjejas dari segi kewangan akibat pandemik COVID-19 dan kenaikan kos sara hidup," menurut MUIS. 

Seiring dengan tema SSGM, ibadah tersebut juga diharap akan menyebarkan rahmah kepada semua keluarga dan individu, termasuk golongan yang memerlukan. 

Justeru, daging korban tahun ini bukan sahaja akan diagihkan kepada para penerima bantuan Zakat MUIS, seperti golongan fakir dan memerlukan, tetapi juga kepada keluarga para banduan dan pekerja hijrahan. 

Seperti yang dilakukan tahun lalu, masjid-masjid akan mengerahkan sukarelawan dan rakan masjid untuk mengagihkan daging korban mengikut langkah-langkah pengurusan selamat sedia ada. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa