54% firma SG tidak rancang tambah tenaga kerja pada 2027
Lebih separuh firma di Singapura tidak merancang untuk menambah tenaga kerja pada 2027, sekalipun keadaan perniagaan dijangka beransur baik.
- Tinjauan SNEF mendapati 54 peratus firma di Singapura tidak bercadang menambah pekerja pada 2027 walaupun perniagaan dijangka pulih.
- Kira-kira separuh firma merancang membekukan gaji dan hanya 49 peratus bercadang menaikkan gaji pekerja tahun depan.
- Kos tenaga manusia yang meningkat kekal menjadi cabaran utama, termasuk kos latihan dan peningkatan kemahiran pekerja.
- SNEF melaporkan pasaran buruh kini kurang ketat, dan firma kurang menghadapi kesukaran mendapatkan serta mengekalkan pekerja PMET.
Demikian menurut tinjauan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF), dengan 54 peratus firma yang ditinjau merancang untuk menggantung pengambilan pekerja baharu pada tahun depan.
Dapatan itu menunjukkan majikan kekal berhati-hati dalam rancangan pengambilan pekerja sedang mereka berdepan tekanan kos.
Dalam soal gaji, sekitar 60 peratus firma yang ditinjau pada tahun lalu merancang untuk memberikan kenaikan gaji kepada pekerja.
Angka itu susut kepada sekitar 50 peratus pada tahun ini.
Bagi 2027, 49 peratus firma yang ditinjau merancang untuk menaikkan gaji pekerja.
Lebih separuh syarikat yang ditinjau pula merancang untuk membekukan gaji pekerja pada tahun depan.
KOS TENAGA MANUSIA KEKAL CABARAN UTAMA
Kos tenaga manusia yang meningkat kekal menjadi cabaran utama bagi perniagaan.
Firma juga semakin bimbang mengenai kos yang diperlukan untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula pekerja.
Namun, SNEF mendapati keadaan pasaran buruh yang sebelum ini ketat sudah reda.
Firma yang ditinjau melaporkan kurang kesukaran untuk mendapatkan serta mengekalkan pekerja dalam kalangan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.