Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

527 blok berusia lebih 30 tahun layak jalani HIP

Anggaran Waktu Membaca:
527 blok berusia lebih 30 tahun layak jalani HIP

Flat HDB di Singapura. (Gambar: CNA/Calvin Oh)

SINGAPURA: Sekitar 530 blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) layak menjalani Program Peningkatan Rumah (HIP).

Menurut Kementerian Pembangunan Negara (MND), blok-blok itu yang berusia lebih 30 tahun, masih menantikan pemilihan.

MND akan mengundang majlis-majlis bandaran untuk memilih blok yang akan menjalani kerja-kerja naik taraf.

Usia dan lokasi blok tersebut akan diambil kira.

Lagi sekitar 100 blok yang dipilih bagi kerja-kerja naik taraf berusia kurang 30 tahun.

Blok-blok tersebut dipilih kerana ia terletak berhampiran dengan blok lama.

Kerja-kerja peningkatan termasuk memasang rak menjemur pakaian yang baru serta menaik taraf tandas dan bilik mandi.

Kementerian itu menyatakan HDB akan menimbangkan faktor-faktor lain bagi kerja-kerja peningkatan.

"Mengenai lokasi blok yang dipilih, ia sebenarnya sebahagian besarnya mencerminkan sejarah program pembangunan HDB kerana pada masa lalu, kami membangunkan bandar-bandar baru dan kami akur terdapat flat-flat yang sama usia yang terletak di kawasan-kawasan tertentu. Namun, kami turut sedia maklum bahawa secara amnya, apabila blok flat mencecah usia tertentu, penduduk inginkan pembaharuan," kata Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara Cik Sim Ann.

Sumber : CNA/AI/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan