52 pemandu disaman kerana potong barisan, kesalahan lain semasa cuti sekolah Jun
Anggaran Waktu Membaca:
Para pemandu kelihatan menuju ke Johor Bahru dari Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 20 Januari 2023. (Gambar fail: CNA/Ooi Boon Keong)
SINGAPURA: Seramai 52 pemandu disaman di Pusat Pemeriksaan Woodlands sepanjang cuti sekolah Jun atas kesalahan lalu lintas dan memandu secara berbahaya, termasuk memotong barisan.
Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini (8 Jul).
Semasa keluar dari Singapura, 45 pemandu didapati melakukan pelbagai kesalahan seperti melintasi garisan berkembar, membelok ke kanan secara haram, berhenti di lokasi yang boleh membahayakan pengguna lain serta memotong barisan, menurut ICA.
Daripada jumlah itu, 34 kenderaan diarahkan membuat pusingan U dan beratur semula.
Sebelas pemandu kenderaan berdaftar luar negara dikenakan larangan memasuki Singapura kerana melakukan kesalahan, termasuk melintasi garisan berkembar dan memotong barisan.
Menurut ICA, 27 daripada 45 pemandu yang melakukan kesalahan ketika keluar Singapura dirujuk kepada Polis Trafik bagi tindakan lanjut.
Bagi kenderaan yang memasuki Singapura pula, tujuh pemandu ditahan kerana memotong barisan dan melintasi garisan berkembar.
Tiga daripada mereka yang memandu kenderaan berdaftar luar negara dikenakan larangan memasuki Singapura dan diarahkan berpatah balik, manakala empat lagi dirujuk kepada Polis Trafik.
ICA menegaskan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemandu yang melanggar undang-undang lalu lintas dan menjejas keselamatan pengguna jalan raya lain.
"Kami memohon kesabaran dan kerjasama berterusan daripada para pelawat supaya mematuhi arahan pegawai kami, undang-undang lalu lintas serta berdisiplin ketika menggunakan lorong di pusat pemeriksaan darat, demi mewujudkan pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan lancar untuk semua," menurut ICA.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.