Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

52 masjid tawar ibadah korban tahun ini; tempahan dibuka mulai 17 Mei

Anggaran Waktu Membaca:
01:14 Min
52 masjid tawar ibadah korban tahun ini; tempahan dibuka mulai 17 Mei

SINGAPURA: Sebanyak 52 masjid di Singapura akan menyediakan khidmat ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

Kambing-kambing korban akan disembelih di Australia dan dibekukan sebelum diterbangkan ke Singapura untuk diagih-agihkan kepada sohibul korban yang mendaftar serta para penerima bantuan.

Menurut Jawatankuasa di bawah Gerakan SalamSG (SSGM), iaitu SalamSG Korban, ia akan sekali lagi menguruskan penyembelihan kambing korban di Australia.

TEMPAHAN BUAT IBADAH KORBAN BERMULA RABU (17 MEI)

Harga bagi seekor kambing korban yang ditawarkan pada tahun ini adalah antara S$360 hingga S$380, iaitu S$10 lebih mahal berbanding tahun lalu.

Pendaftaran bagi ibadah korban tahun ini boleh dilakukan mulai esok (17 Mei) sehingga 23 Jun, tertakluk kepada ketersediaan bekalan.

Orang ramai boleh membuat tempahan secara langsung di mana-mana masjid yang mengambil bahagian atau membuat pendaftaran dan bayaran secara online menerusi laman www.ourmasjid.sg/korban.

Mereka yang berjaya membuat tempahan akan menerima daging korban yang dibekukan selepas hari-hari tasyrik, mulai 3 Julai.

SalamSG Korban menyatakan vendor dilantik yang mengambil bahagian dalam ibadah korban tahun ini perlu mematuhi keperluan keselamatan makanan yang ditetapkan Agensi Makanan Singapura (SFA) untuk produk daging yang diimport, disimpan dan diagihkan.

Berikut adalah senarai masjid yang akan menawarkan khidmat korban tahun ini:

UTARA
Masjid Alkaff Upper Serangoon
Masjid Ahmad Ibrahim
Masjid Al-Istiqamah
Masjid Al-Muttaqin
Masjid An-Nahdhah
Masjid An-Nur
Masjid Assyafaah
Masjid Darul Makmur
Masjid En-Naeem
Masjid Haji Yusoff
Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau
Masjid Muhajirin
Masjid Yusof Ishak

SELATAN
Masjid Abdul Gafoor
Masjid Al-Abrar
Masjid Al-Amin
Masjid Al-Falah
Masjid Jamae Chulia
Masjid Jamek Queenstown
Masjid Jamiyah Ar-Rabitah
Masjid Mujahidin
Masjid Omar Kg Melaka
Masjid Sultan

TIMUR
Masjid Al-Islah
Masjid Abdul Aleem Siddique
Masjid Al-Abdul Razak
Masjid Al-Ansar
Masjid Al-Istighfar
Masjid Alkaff Kampung Melayu
Masjid Al-Mawaddah
Masjid Al-Taqua
Masjid Darul Aman
Masjid Darul Ghufran
Masjid Haji Mohd Salleh
Masjid Kampung Siglap
Masjid Kassim
Masjid Khalid
Masjid Sallim Mattar
Masjid Wak Tanjong

BARAT
Masjid Maarof
Masjid Assyakirin
Masjid Al-Mukminin
Masjid Pusara Aman
Masjid Hang Jebat
Masjid Ahmad
Masjid Al-Iman
Masjid Hasanah
Masjid Hussain Sulaiman
Masjid Tentera Diraja
Masjid Al-Khair
Masjid Ar-Raudhah
Masjid Darussalam

Sumber : BERITA Mediacorp/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan